Tuesday, 6 August 2019

Youtube channel Sarah


Assalamualaikum, haiiii semua!!! Berkurun tak update apa-apa dalam blog. Aduh malunya sarah dengan korang.hehehe. Bagi yang masih sudi singgah blog sarah, terima kasih sarah ucapkan. Loveee

Ok, sarah nak inform yang sarah ada buat youtube channel sarah. Masih bertatih lagi.

Link untuk channel youtube sarah → https://www.youtube.com/channel/UCAoTdWtzPq359b1d3nFbc-g




https://www.youtube.com/watch?v=-mpenfatFdA&t=27s

Video atas ni antara yang sarah upload dekat youtube channel sarah. Sarah upload setiap minggu video sarah

Sarah akan buat review poduk, makeup tutorial, atau apa saja yang sarah nak kongsikan di youtube

Hope ada yang sudi support sarah dengan subscribe channel sarah. Tak perlu bayar. Free je kalau subscribe

Ok, love all's



Wednesday, 28 September 2016

Cara tunaikan wang google adsense melalui western union

Assalamualaikum n hi readers! Hari ini sarah nak ajar macam mana cara untuk tunaikan wang google adsense melalui western union. Ini bagi yang dah ada akaun google adsense. Seumur hidup sarah memang tak pernah menggunakan perkhidmatan western union. Tak tahu pun western union tu apa. Jadi, bila nak keluarkan duit google adsense ni dapatlah sarah satu pengalaman baru


Sebelum cerita pasal apa itu western union. Sarah nak terangkan sikit je apa itu google adsense. Google adsense adalah satu perkhidmatan pengiklanan. Iklan-iklan ni korang boleh letak dekat blog atau youtube. Sebenarnya bukan terhad pada blog je. Kalau korang ada youtube pun boleh je letak iklan

Kalau korang nak tahu bila wang google adsense ni layak untuk ditunaikan apabila akaun balance dah lebih dari $100 keatas. Tapi sebelum tu kena tunggu nombor pin sampai kat alamat rumah dulu, google akan pos. Ambil masa beberapa hari juga. Bila dah terima nombor pin dari google, ada masa free.. sign in dekat akaun google adsense untuk aktifkan payment. Sebab kalau tak ada nombor pin tak boleh tuntut payment nanti. Kena alert lepas dapat nombor pin kalau tak aktifkan dekat akaun google adsense selama 4 bulan, iklan akan dihentikan


Ini la rupa surat dari google adsense yang korang akan dapat. Dalam ada nombor pin



Ok, untuk western union pula. Western union ni adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran dan penerimaan wang dari serata dunia. Agent western union pula yang sarah tahu macam public bank, bsn, bank rakyat, dan pejabat pos. Bank lain tak pasti. Bila dah boleh cash out nanti, bole pergi terus dekat agent western union. Apa yang paling penting bila korang sampai je mana-mana bank atau pejabat pos. Sila tanya staff kat situ dulu yang line western union ok tak. Kadang-kadang korang dah mereput tunggu, tiba giliran line tak ok. Membazir masa, hati pun panas. ;p.

Bila line ok. Baru la ambil nombor dan tunggu giliran anda. Kalau diorang suruh ambil borang dulu, ambil la dan isi. Ada sesetengah tempat suruh isi dekat kaunter tu juga. Sekarang borang penerimaan tak disediakan dekat rak. Mungkin tak disediakan sebab tak ramai yang gunakan perkhidmatan western union ni. Sama ada korang kena minta, atau bila tiba nombor giliran baru disuruh isi. Sarah pergi ke pejabat pos setelah pergi dekat bank bsn dan public bank asyik tak ada line je. Mujur pejabat pos tak jauh, terus menuju ke situ. Malas nak buang masa dah tanya bank lain

Sampai je pejabat pos terus tanya line, Alhamdulillah line ok. Walaupun sesak dalam tu tapi kena la sabar nak ambil duit sendiri.hehehe. Tiba giliran, sarah terus cakap "saya nak buat urusan terima duit dari western union".  Kena cakap terima duit tau, nanti staff tu ingat nak hantar duit. Korang akan ditanya dengan beberapa soalan lebih-lebih lagi kalau nilai yang korang dapat tu tinggi. Jadi berdoa supaya diberi kesabaran yang tinggi. huhuhu. Ada juga yang tak cerewet, bergantung pada tempat masing-masing la


Sila print payment receipt ni sebab ada nombor Western Union MTCN untuk pihak bank atau pejabat pos trace. Jangan salin pula segala details korang dekat kertas lain, lepas tu tinggal resit dekat rumah. No..no..no

Mana nak dapat payment receipt ni?....



Sign in dekat google adsense. Ikut arahan macam dalam gambar diatas. Banyak sangat ayat "klik".hehehe. Dekat desciption tu kalau status korang tu macam ni "Status : Issued". Itu bermakna korang tak pergi tuntut lagi duit tu. Kalau dah tuntut status bertukar jadi "Paid"

Oohh.. jangan lupa photostat IC ye. Jadi 2 benda yang korang kena bawa :-

1. Payment receipt
2. Salinan IC

Lepas tu bila free pegi la mana-mana agent western union. Tak silap sarah dalam tempoh 60 hari kalau tak tuntut duit, akan dikumpul bawa ke bulan seterusnya. Cuma jangan simpan terlampau banyak baki sebab google akan "banned" duit tu



Sarah tak pasti semua borang ada soalan ujian atau tak. Kalau ada, tak perlu isi sebab google tak ada bagi pun. So, don't worry ok. Nilai matawang atau exchange rate diambil kira masa korang dapat duit mula-mula tu. Jadi kena ingat tu, sentiasa cek berapa exchange rate

Ok la, sarah rasa ini sahaja yang sarah nak share. Kalau ada keliru mana-mana boleh je tanya. :)

Tuesday, 27 September 2016

Super Heroes DC Comics T-Shirt

Assalamualaikum n hi readers! Super heroes DC Comics ni mungkin ada yang pernah dengar ada yang tidak. Super heroes DC Comics ni adalah sebuah butik yang menjual t-shirt, merchandise, bag, topi, macam-macam la. Dekat dalam butik super heroes ni ada cafe juga tau

Butik pertama super heroes yang sarah pergi dekat Little Red Cube, Puteri Harbour Nusajaya Johor. Tak tahu pun ada butik super heroes kat situ, sebab datang situ untuk masuk hello kitty. hehehe. Teruja juga pertama kali tengok butik ni sebab cantik betul dekor butik ni. Singgah la masuk tengok apa yang dijual. Rambang juga mata masa tu walaupun harganya terkezuttt tengok. Tapi serious cantik. Tak beli apa pun masa tu, cuci mata je

Seterusnya butik kedua tak sangka kat tempat sendiri je, Mahkota Parade Melaka. huhu. Ini pun sarah tak tahu yang butik ni wujud kat situ. Dah kali kedua datang kat butik ni apa lagi kena la beli, kebetulan ada sale mana oleh tengok je. ;p. Hasil tangkapan pertama sarah beli dua t-shirt...



  Beli di Mahkota Parade

Hasil tangkapan kedua pun beli dekat tempat sama...


Cantik takkk???? Rasa bertuah sangat ternampak Wonder Woman Hello Kitty. Terus grab.hehehe. Kebanyakkan t-shirt batman dan superman yang banyak sarah beli sebab banyak dari dua super heroes ni

Mesti ada yang berkata membazir je beli mahal-mahal. Ala, kadang-kadang ada sale dan promo haruslah beli. Bukan selalu ada. Lagipun rare kumpul t-shirt macam ni. Mungkin akan berterusan hobi ni. Maaf sebab sarah terlupa ambil gambar setiap kali masuk butik ni. Dah beli terus keluar. Adoiii

Ok, kalau korang nak tahu mana cawangan super heroes ni, ni sarah share dekat korang mana lokasinya. Nanti boleh cuci mata, kalau berkenan nanti boleh beli




Ini sarah ambil dekat website DC Comics. Macam tak berapa update lokasi ni. Sebab rasanya ada satu kat KK Sabah, Imago Mall. Tempat lain tak pasti.

Ok semua, ini sahaja. Next entri akan menyusul. Byeee~


Wednesday, 21 September 2016

Sarah In Da Housez kembali (I'm back!!!)


Assalamualaikum n halluuuuu readers! Rindunya nak berbloggg. Sarah tak tahu la ada lagi ke tidak pembaca blog sarah ni setelah 11 bulan menyepi tanpa berita. hehehe. Maaf sangat-sangat, blog je menyepi ok..orangnya wujud lagi. Blog ni pun bukan bersawang dah. Dah berhantu, mereput. Menaip pun dah kekok ni. ;p

Sarah menyepi sebab terfikir nak tutup blog. Sebelum ni ada juga hasrat macam ni, tahun ni pun ada. Tapi tetap tak jadi, sayang nak tutup blog. Nampaknya kena kuatkan semangat la lepas ni

Selain dari itu, banyak gambar dekat entri sarah yang lama hilang, hampa betul. Terpaksa buang entri-entri lama sebab dah tak jumpa gambar-gambar tu semua. Laptop pula buat hal. Macam-macam jadi. Lepas tu terus down, jadi slow.huhu

InsyaAllah lepas ni kena semangat update. Banyak entri tertangguh. Hmmmmm. Oh, sarah nak ucapkan terima kasih pada yang masih bagi komen walaupun blog ni menyepi. Thank youuu ye. Ok nantikan update dari sarah. Byeeee ;) ;) ;)






















Tuesday, 24 November 2015

78 color make up palette (Coastal Scents)

Assalamualaikum n hi readers! Sarah nak kongsi satu makeup palette yang lengkap dari eyeshadow, lipstick hingga ke blusher. Make up palette ni namanya 78 color make up palette. Jom tengok macam mana make up palette ni...



Packaging. Jangan risau kalau takut pecah eyeshadow. Sebab ada bubble wrap



Make up palette ni ada 3 variasi warna yang berlainan ikut citarasa korang nak warna mana. Yang sarah punya ni #3

Kalau tak faham apa yang sarah maksudkan klik link ni:- http://www.supermodel2u.com/

Korang boleh tengok sekali harga dan kalau berminat boleh order terus

Swatches





Pic no 1 dan 2 tu eyeshadow. Sarah tak tunjuk semua la, jenuh nanti. hehe. Tapi not bad la kualiti. Ok la terang juga. Untuk pengetahuan sarah tak apply primer ke apa untuk bagi nampak terang. Pic no 3 pula tu lipstick dan no 4 tu blusher

So far make up palette ni memang sesuai untuk beginner yang baru nak berjinak dalam dunia make up. Ada orang takut nak beli mahal2 untuk pertama kali. Jadi sarah rasa jenis make up palette macam ini memang sesuai, boleh cuba semua dari eyeshadow hingga blusher

Bukan saja boleh pakai untuk hari-hari biasa atau pergi jalan-jalan je, tapi kalau makeup untuk wedding...party make up pun boleh

Ok la, kalau sesiapa berminat boleh klik link yang sarah bagi kat atas dan jemput follow shop ni sebab ada macam-macam jual, korang pun bole tau apa-apa latest update atau sale ke...


Instagram: @ supermodels_secrets

:)

p/s: This product was sent out to me for a review purpose. This review are my honest opinion







Sunday, 22 November 2015

Fullips Lip Enhancers

Assalamualaikum n hi readers! Korang teringin nak mempunyai bibir yang mungil tanpa perlu suntikan. Sekarang tak payah risau sebab dah ada fullips lip enhancers. Apa benda fullips lip enhancers tu..mari baca selanjutnya....

Tadaaa!!! Ini la Fullips Lip Enhancers tu



Yang ini size medium

Mesti korang rasa pelik dengan benda alah ni, macam mana boleh mungilkan bibir. Caranya ialah dengan letakkan fullips lip enhancers ni kat bibir korang lepas tu sedut dalam 20 saat dan lepaskan.Mesti ada fikir sedut apa benda sarah cakap ni, gila ke apa perempuan ni. hahaha. Kalau tak faham juga tengok video bawah ni, just search je la kat youtube taip fullips lip enhancers..berlambak ada


Credit to: https://www.youtube.com/watch?v=iPOKtnrgsMk

Swatches dari sarah



Ok, tengok first pic tu bentuk bibir asal sarah, lepas tu sarah start pakai fullips dalam 20 saat. Sarah rasa 20 saat dah memadai, jangan pula buat sampai lebih 20 saat atau gatal nak buat sampai 1 minit nanti dah rupa kena sengat tebuan. hohoho. Yang no 3 tu selepas sarah lepaskan fullips dari mulut, jadi bibir sarah nampak berisi gitu

Size medium ni untuk bagi berisi atau mungilkan keseluruhan bibir korang. Ada 3 size fullips ni sebenarnya..



Layari link ini untuk details:- http://www.supermodel2u.com/Lip Enhancers Combo 

(korang boleh beli kat kedai ni, yang sarah kongsikan link ni)

Size ada large, medium dan small. Boleh pilih ikut kesesuaian bentuk bibir. Ketahanan pula sampai 5-6 jam, itu bergantung pada berapa kuat korang sedut. Kalau ala kadar je memang tak tahan sampai 5-6 jam la. Hanya sekejap je dalam sejam camtu bole bertahan. Macam tak logik je kan sarah bagitu tahan sampai berjam jam. Tapi kalau dah cuba baru tahu

Dari ambil risiko suntik yang kita tak tahu apa jadi masa tua nanti, better pakai ni kalau terasa nak feeling bibir mungil.hehehe. Bukan menyakitkan pun. Lebih mudah nak ambil gambar ala2 duck face lepas ni.hahaha. Tak la just kidding je hokeyyy. Tak payah nak serious sangat. :p

Ok la, kalau sesiapa berminat boleh klik link yang sarah bagi kat atas dan jemput follow shop ni sebab ada macam-macam jual, korang pun bole tau apa-apa latest update atau sale ke...

Instagram: @ supermodels_secrets

:)

p/s: This product was sent out to me for a review purpose. This review are my honest opinion
Copyright© All Rights Reserved Sarah In Da Housez!