Monday, 29 December 2014

Peripera Frozen

Assalamualaikum, hi readers! Kira-kira lebih kurang 2 bulan lebih lalu rasanya, Peripera melancarkan produk terbaru iaitu Peripera Frozen. Sarah adalah peminat frozen, apelagi rasa excited tu dah tahap maksimum dah. Hati dah melonjak keriangan. huhu

Lagi pula tak silap sarah peripera frozen ni limited edittion tau. Sarah harap sangat peripera frozen ni permanent. Senang boleh beli bila2 je. Ok, jom tengok sarah beli ape

Peripera Frozen Tap Tap 3 Eyes Eyeshadow




Sarah beli Elsa punya eyeshadow sebab minat sangat2 dengan warnanya. Bole la feeling elsa skit. hehe

 Swatches


 Princess Elsa Inspired Makeup :)



Tak berapa nak elsa sangat la. hahaha

Peripera Frozen Wholly Deep Auto Liner (Black)



Cantikkan pencil eyeliner ni, satu2nya eyeliner yang paling cantik sarah ada. ;p. Tekstur eyeliner ni creamy dan sangat hitam..hitam pekat likat. huhu. Eyeliner ni ada skali macam smudge sponge, so korang boleh smudge untuk buat smokey eyes atau untuk blurkan skit eyeliner tu

Swatches


Eyeliner ni ada glitter. Memang long lasting, dan waterproof eyeliner ni. Nak remove eyeliner ni pakai ape pun boleh, tapi lagi better pakai makeup remover yang jenis oil / water based. Makeup remover jenis tissue pun ok

Mostly produk ni berkonsep glitter. Tapi glitter bukan jenis glam, mengerlip sangat tu. Memadai la berkilat tu, tak over. Lepas ni sarah tak sure nak beli ape, tapi sarah nak try powder pula. :)

Siapa peminat frozen tu cepat2 la beli sebelum produk2 ni x dijual lagi. Peripera frozen ni bole dapat kat Watson je. Kalau kata korang pegi booth dah habis stok, boleh beli online. Klik link bawah...

www.in2face.com

Boleh la tengok2 harga. Tengok skali harga produk2 yang sarah beli kata atas ni, sebab sarah lupa harga. hahaha

Tataaa~ ;p

Mario Badescu Silver Powder

Assalamualaikum n hi readers! Pada 13 November lalu sarah ada dapat voucher RM50 dari Luxola Singapore.



sebagai bukti ini vouchernya. ;)

Ada beberapa blogger yang lain juga dapat. Syukur Alhamdulillah pihak luxola bagi sebab banyak ni RM50. mana nak dapatkan

Susah juga masa nak memilih barang tu, sebab makesure kena buat pilihan tepat memandangkan first time dapat voucher macam ni. wakaka. Kalau tak nak beli kojac sponge, tapi macam tak berbaloi je. Last2 minta pandangan kawan sarah Puteri panda. Thanks Puteri suggest beberapa produk..dan sarah pilih untuk beli Mario Badescu Silver Powder. :)



Sarah pilih produk ni sebab memandangkan review bagus2. Paling penting sebab sarah 'hantu' masker. Ngeee~



Dipanggil silver powder sebab ada la skit powder yang berwarna silver. Tapi masa apply kat muka takde la muka korang jadi silver pun. :p

Konsep macam bedak sejuk, tapi bedak sejuk tu biasa gaul kat tangan je. Untuk silver poder ni pakai kapas la

Cara pemakaian :-

Basahkan kapas. Lagi elok bagi kapas tu betul2 basah, dan perah skit je. Jangan perah sampai kering. Jangan takut2 masa nak basahkan tu ye




Pic kiri..baru apply. Pic kanan..masker dah mengering. :). Ia tak buatkan muka korang tegang ke ape, bukan macam kebanyakkan masker yang kat luar tu

So far, dah hampir sebulan pakai. Tiada ape2 kesan jerawat timbul ke ape, muka jadi panas ke takde. Sarah baca review orang yang dah guna silver powder ni kata dapat mengurangkan whiteheads. Sarah ada masalah whiteheads kat hidung, hidung sarah memang tempat paling berminyak. Sarah try guna pore strips, sarah tengok ada berkurangan whitehead kat hidung. Syukur sangat. Sebab kalau tak, penuh kat pore strips tu dengan whiteheads

Memang puas hati la selama sarah pakai silver powder ni. Silver powder ni harga RM65 (28g), sarah kena tambah RM15 lagi. Ok, klu rasa2 nak beli klik la link kat bawah ni...

http://www.luxola.com/my

Tataaa~

Thursday, 25 September 2014

Plus White 5 Minute Speed Whitening System

Assalamualaikum n hi readers! Lama dah x taip menaip kat blog sendiri ni, dah sebulan lebih berhabuk blog. hehehe. Banyak review tertangguh disebabkan busy dan laptop pula buat hal. Aishhh. =_=.. Ok, arini sarah nak review produk untuk memutihkan gigi iaitu Plus White 5 Minute Speed Whitening System. Panjang sungguh nama. huhu


Dalam box ni ada 5 Minute Speed Whitening Gel, Tartar Control Pre Whitening Rinse dan Mouth Tray



Baca directions betul2. Baca step by step dengan teliti

Cara2 pakai:
 

First...

 

Kat directions, Concentrated Tartar Control Pre-Whitening Rinse ni kena letak at least 1 sudu kecil / teaspoon..mix dengan air sekali. Jangan semata2 kumur2 dengan Tartar ni

Lepas dah selesai kumur2, gosok gigi tanpa ubat gigi / toothpaste

Final step...



Mouth tray

Letak gel pada mouth tray. Tengok betul2 mana bahagian atas dan bawah. Macam gambar atas ni sarah bukan letak macam tu je. Ratakan bagi kena kat seluruh bahagian



Produk ni sarah pakai 3/2 kali seminggu. Jangan pakai tiap2 hari. Kalau sesiapa yang giginya memang putih dan nak maintain putih tu bole guna produk ni. Lagi satu dapat menjimatkan kos sebab korang boleh pakai banyak kali. Kata kalau ada event ke, atau nak kawin ke. Sebelum tu dah bole pakai produk ni

Sarah nak ingatkan juga masa korang dh letak mouth tray ni kat gigi, gigi korang akan macam berbuih. Itu tandanya proses bleaching / pemutihan dah mula, dah nak start cuci gigi korang. Nanti jangan pula tengok gigi berbuih, berlari nangis..menjerit keluar bilik air ingat ada penyakit ke ape. hehehe

Ok, kalau korang nak beli..klik link kat bawah

"Supermodel's Secrets Beauty Store"
SS Gallery: 1st Floor, 41A, Jalan SS 15/4B, Subang Jaya
Website : http://www.supermodel2u.com
Blog    : http://www.supermodels-secrets.com
 

 +6016 280 1990 (SMS/Whatsapp)
talk2us@supermodels-secrets.com
  http://www.facebook.com/Supermodel2u

 
Harga RM79. Boleh jenguk2 juga produk lain, macam2 ada kat shop Supermodel's Secret

:)

p/s: This product was sent out to me for a review purpose. This review are my honest opinion








Tuesday, 19 August 2014

Wet n Wild MegaLast Lip Color

Assalamualaikum n hi readers! Sarah nak review satu lipstik yang best bagi sarah iaitu Wet n Wild MegaLast Lip Color. Wet n Wild ni antara jenama fav sarah..sebabnya bagi sarah harga berpatutan tapi puas hati bila guna. :)

 





Pretty Hot Pink!



Memang Smokin' Hot Pink!!! I love it!

Kalau tengok gambar atas ni 1 layer pun dh terang, maknanya sangat pigmented...pekat lipstik ni. Korang pakai sikit pun dah ok. Masa pakai lipstik ni sarah terlupa apply lipbalm...sebab takut la bibir kering. Tapi walaupun terlupa apply lipbalm bibir sarah x kering atau merekah

Bibir pun x rasa panas. Kalau korang pakai lipstik dan rasa macam panas mean ada la bahan2 terlarang dalam tu. Tapi lipstik wet n wild ni x panas. Ketahanan 4 jam lepas tu reapply la balik lipstik tu

Lipstik ni jenis matte. Takde glossy, shining ke apa. Sangat comfortable. Sarah rasa ni lipstik drugstore paling pigmented, pekat giler. hehehe

Kalau korang berminat nak beli lipstik ni klik link bawah...

http://www.colourscosmeticsmalaysia.com

Harga lipstik ni hanya RM16. Murahhhh!!! Tak menyesal punya sebab review rata2 positif. Warna pun macam2 ada...banyak pilihan

Kalau korang tak tau mana nak search produk ni kat web...bila klik link atas ni korang kena buat macam bawah ni..



Pegi hala mouse kat brand pastu cari la Wet n Wild dan klik. Senang je. Boleh dah tinjau2 mana yang berkenan

Nak senang lagi dekat sidebar belah kanan blog sarah ada banner Colours Cosmetics..klik situ pun bole. Lagi mudah dan cepat. :)

Ok, bye oll's

p/s: This product was sent out to me for a review purpose. This review are my honest opinion

Friday, 18 July 2014

Twinfish Oat Choco

Assalamualaikum n hi readers! Masa oat choco ni meningkat popular, kat tempat sarah susah sangat nak cari oat choco ni. Meliur je tengok org makan. hahaha. Tak sangka tengah 'mengidam' oat choco ni pihak Supermodel's Secret bagi oat choco ni kat sarah. hehe. Dapat merasa. Syukur Alhamdulillah



Ingredients:


Oatmeal, Cocoa Butter Replacer (palm oil based), Non-Dairy Creamer, Sugar, Maltodextrin, Salt and Soy Lecithin

Sedap sangat rasa susu manis lemak berkrim gitu. Sesuai untuk vegetarian. Oat choco ni bole juga disajikan masa hari raya yang bakal menjelma nanti. :). Mana nak beli...link kat bawah

http://www.supermodel2u.com/Twinfish-Oat-choco/q?pid=347&doit=order

RM12 utk 1 pek ni

Untuk details...

"Supermodel's Secrets Beauty Store"
SS Gallery: 1st Floor, 41A, Jalan SS 15/4B, Subang Jaya
Website : http://www.supermodel2u.com
Blog    : http://www.supermodels-secrets.com
 

 +6016 280 1990 (SMS/Whatsapp)
talk2us@supermodels-secrets.com
  http://www.facebook.com/Supermodel2u


Guna kod MYMY utk diskaun

p/s: This product was sent out to me for a review purpose. This review are my honest opinion

Thursday, 17 July 2014

Snow White Milky Pack

Assalamualaikum n hi readers! Snow White Milky Pack? Hmmm...dengar saja nama Snow White dh terbayang mukanya yang putih melepak tu kan. hehe. Jadi arini sarah nak buat entri pasal Snow White Milky Pack dari Secret Key. Produk ni popular kat Korea. Untuk tau lebih lanjut jom scroll bawah... :)





Swatches!

 


See the different? :) Pastikan bila pakai lotion ni sapu sama rata

Apa yang sarah suka mengenai lotion ni...

1) Cepat menampakkan kesan putih. Perlu tunggu 3min je

2) Bau wangi lotion ni

3) Tekstur yang creamy, senang nak apply

4) Kulit jadi soft je kalau korang rajin pakai dan konsisten

Yang tak suka...

1) Susah nak cuci, kena pakai air suam. Kalau ada water heater senangla. Ataupun kalau x ada water heater, kena cuci dgn air biasa...ambil tuala kecil boleh gosok skit bagi cepat hilang. Jangan risau effect putih x hilang. InsyaAllah. Kalau cuci camtu je memang x bole hilang 100%

Snow White milky pack ni sarah akan pakai kt body je, mcm tangan ke..leher. Muka bole tapi takut kulit sensitif pula. Kalau korang nak cuba juga la pakai kat muka apply nipis dulu

Macam sarah sebelum ni banyak terdedah kat cahaya matahari, penjagaan kulit memang sambil lewa je...jadi tone kulit berubah. InsyaAllah pakai ni ada la perubahan skit. Lagipun ada Vit B, xada paraben, etc. Sangat bagus

Kalau korang pernah tengok makeup gurus international kat youtube pakai produk tanning untuk kulit supaya nak elakkan kulit sunburn. Snow White milky pack ni lebih kurangla. Dan apa saja produk whitening murah hingga ke mahal giler tu tipsnya cuma kena konsisten la pakai. Kalau pakai seminggu sekali mana nak nampak perubahan

Apepun sarah suka produk ni jadi memang teruskan pakai sampai habis. hehe. Sebab kesan putihnya sempurna, x nampak macam misteri je warna kulit korang. huhu. Kalau korang nak beli, bole beli kat...

http://www.supermodel2u.com/Snow-white-whitening-milky-pack-200ml/q?pid=241&doit=order

Belum cuba belum tau k :)

Untuk details...

"Supermodel's Secrets Beauty Store"
SS Gallery: 1st Floor, 41A, Jalan SS 15/4B, Subang Jaya
Website : http://www.supermodel2u.com
Blog    : http://www.supermodels-secrets.com
 
 

 +6016 280 1990 (SMS/Whatsapp)
talk2us@supermodels-secrets.com
  http://www.facebook.com/Supermodel2u


Harga RM69, 200ml. Guna kod MYMY utk diskaun

p/s: This product was sent out to me for a review purpose. This review are my honest opinion
Copyright© All Rights Reserved Sarah In Da Housez!