Showing posts with label Golden Rose Cosmetics Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Golden Rose Cosmetics Malaysia. Show all posts

Sunday, 8 February 2015

Golden Rose Cosmetics Malaysia #1

Assalamualaikum n hi readers! Golden Rose Cosmetics Malaysia ialah jenama kosmetik daripada Turkey, dan satu-satunya kosmetik Turkey yang telah memasuki pasaran Malaysia. Golden Rose Cosmetics telah wujud 30 tahun yang lalu di negara-negara Eropah

Produk Golden Rose cosmetics sebenarnya telah terjual lebih daripada 90 buah negara (worldwide). Produk ini 90% dihasilkan di Turkey dan 10% daripada Eropah. Apa yang paling best produk ini selamat digunakan unutuk pengguna Muslim. Yesss!!!  :)

Ok, sekarang jom tengok sarah dapat apa...


❤❤❤ Love it!!! ❤❤❤

Thanks so much Golden Rose Cosmetics Malaysia

Sarah mulakan dengan lipstik dulu... :)

Golden Rose Velvet Matte Lipstick


 






Semua lipstik ni dah jadi favourite sarah. Boleh dianugerahkan 'The best matte lipstick ever' la. Tekstur lipstik ni yang lembut, jadi senang sangat pakai. Pekat pula tu (pigmented), memang tak tipu la. Paling sarah suka sebab ianya matte, dan sangat tahan lama

Lipstik golden rose tak ada nama, cuma diletakkan code number sahaja. Warna lipstik ni ada yang berubah mengikut darah korang. Tapi tak semua la jadi macam tu. Macam tak percaya atau tak logik je bunyinya, tapi sebenarnya betul..ikut darah korang. Kalau korang pernah beli lipbalm lipice ke apa ntah, yang iklan tu kata bila pakai tiba-tiba warna bibir tukar jadi merah jambu la, etc. Macam mana lipbalm yang tak ada warna bila korang pakai kat bibir, bibir jadi kemerah-merahan. Itu sebab ikut darah la. Lebih kurang juga la bila korang pakai lipstik. Faham? hehehe. :)

Golden Rose Lipliner





Golden rose lipliner, super pekat tahap nak pengsan punya. haha. Tak pernah sarah jumpa lipliner sepekat ini

Swatches



 See, pink betul

Seriously, dari lipstik ke lipliner sarah sejujurnya sangat selesa pakai sebab bibir rasa comfortable dan tak panas langsung

Price

Golden Rose Velvet Matte Lipstick: RM 20.00

Golden Rose Lipliner: RM 17.00

Jom klik link Golden Rose dibawah..korang boleh tengok produk lain juga



Instagram: @goldenrosemalaysia

Ok, bersambung ke entri #2 :). Ada lagi produk seterusnya yang sarah nak kongsi

p/s: This product was sent out to me for a review purpose. This review are my honest opinion 

Golden Rose Cosmetics Malaysia #2

Assalamualaikum n hi readers! Ok, sambung entri #2 pula :)

Golden Rose Silky Touch Blush-On


 

Swatches


Sarah bukanlah peminat blush. Tapi warna ni memang sangat soft, nampak natural, sweet sangat. Help!!! Memang cantik, tak tipu

Golden Rose Dipliner Liquid Eyeliner

 

 


Sarah honestly kalau jumpa mana-mana eyeliner yang applicator macam ni, memang tak suka. Sebabnya applicator macam ni boleh buat kelopak mata sakit sebab tajam, dan susah nak buat winged eyeliner

Tapi seriously sarah tak sangka yang Golden Rose Dipliner Liquid Eyeliner ni best pula. Tak sakit langsung, dan senang nak buat winged eyeliner. Paling suka eyeliner ni agak cepat mengering, tak mengambil masa terlalu lama...walaupun cepat kering tapi tak ada masalah kalau korang nak re-apply pakai. Biasanya la ada eyeliner tu kalau dah kering, lepas tu kita nak re-apply..touch up balik tak nak melekatkan atau membuatkan eyeliner korang nampak tebal semacam. Ada tu bergumpal. Eyeliner ni tak bagi effect shiny tapi matte. Cuci pun senang

Swatches



Dari halus ke tebal



Golden Rose Dream Eyebrow Pencil




Sarah dulu jarang sangat lukis kening sebabnya bulu kening sarah pun dah hitam, dan kalau salah lukis kening memang pelik sangat muka nanti. hahaha. Tapi sejak dah belajar sikit cara yang betul untuk lukis kening, dah tau serba sikit la nak buat macam mana walaupun bukan pro sangat

Lagi satu sarah kurang gemar kalau kening terlalu perang. Ada orang dia ok dengan warna ni, sesuai..sarah kurang suka. lebih suka warna brown atau grey

Swatches



Tekstur sangat soft. Sarah suka dengan warna brown ni

Price

Golden Rose Silky Touch Blush-On: RM 22.00

Golden Rose Dream Eyebrow Pencil: RM15.00

Jom klik link Golden Rose dibawah..korang boleh tengok produk lain juga



Instagram: @goldenrosemalaysia

Overall, produk Golden Rose Cosmetics memang terbaik. Rasa macam kualiti tak setanding dengan harga pula, sebab harganya sangat mesra poket (friendly pocket)..kualiti superb! Korang pun kena beli sebab sarah jamin terbaik punya. :)

p/s: This product was sent out to me for a review purpose. This review are my honest opinion
Copyright© All Rights Reserved Sarah In Da Housez!