Showing posts with label Sephora. Show all posts
Showing posts with label Sephora. Show all posts

Sunday, 23 August 2015

Sephora Queensbay Mall

Assalamualaikum n hi readers! Selepas pergi muzium 3D Penang, singgah Queensbay Mall pula. Ingatkan ada BBW rupanya tak ada. Last tuju Sephora juga la. Sephora pun sephora la. Tak shopping sakan pun. Apa yang sarah beli....



3 benda je beli. Masker Pomegranate, Sephora perfume 7ml, dengan Soap and Glory Clean On Me. Yang 3 paket kecil tu free samples

Masker tu akak sarah suggest sebab dia guna ok. Sarah pun tak nafikan memang best guna. Yang penting kulit tak melekit. Sebab masker topeng ni senang pakai, tapi senang juga rasa tak selesa kalau dapat masker yang tak bagus



Dalam box ni ada 5 paket. Jenis topeng, bukan gel

Perfume sephora tu bau strawberry. Walaupun 7ml tapi harga RM25. hoho. Jangan main-main. Mahal!. Nasib wangi

Soap and Glory Clean On Me tu memang all time favorite. Harga RM46 untuk 500ml. Hmmm, mesti ingat sarah ni taste tinggi, berlagak pakai shower mahal. Jangan cepat judge, mahal tapi sarah berani cakap tahan 4 bulan bole pakai sebab tekstur shower ni pekat. Sekali mandi dalam 2 pump dah cukup. Kalau korang pakai loofah (klik word loofah kalau nak tahu) 1 pump dah memadai. Bau harum badan korang tak payah cakap la. Wangi gilerrr! Baunya tak terlalu sweet, ada bau buah citrus mandarin

Sarah beli 3 barang, lepas tu SA tu kata kalau beli 3 dapat free gift macam kat pic bawah ni



Bole la dari tak bagi langsung. Tapi kalau bole next time jangan la kedekut sangat bagi sample, sikit sangat ni. =_=


Queensbay Mall penang ni besar tapi tak dapat nak pusing habis dalam mall ni. Hmmm, at least sephora mengubat hati. :p. Walaupun melayang $$$ ku. hahaha. Tapi u oll's sorry takde pic sephora queensbay. ;(

Ok, that's all. Until next time..bye
(merepek je speaking. =_=')


Sunday, 1 February 2015

Sephora Bubble Bath and Shower Gel

Assalamualaikum n hi readers! Hari ni sarah nak review satu lagi produk dari sephora yang sarah beli iaitu Sephora Bubble Bath and Shower Gel

Apa yang menarik perhatian sarah mengenai produk ni selain baunya ialah design botol tu. Hmmm...nak tengok macam mana design botol tu..jom..


First time tengok, design botol ni nampak macam mahal..tapi memang mahal harganya. hahahah. RM40. Nangisss~. Nasib design ala2 ekslusif gitu. Tapi sayangnya bau tak berapa nak melekat kat kulit. Waaaa!!!. Macam mana pun kena pakai la juga. Nak beli sangatkan. huhu. Mungkin sarah tak ada chemistry dengan produk ni. :'(

Tapi berbeza pula dengan frizzing cube..tahan lama dan wangi teramat. Mungkin korang tertanya ape benda fizzing cube tu..ini la fizzing cube nya



Pic source: Google

Dekat counter sephora ada jual fizzing cube / mini soap macam atas ni. Bukan fizzing cube je tapi ada bath oil, dan body wash. Sarah rasa sephora jual ni untuk bagi sesiapa yang tak nak beli full size..nak cuba macam mini size dulu sebelum decide nak beli full size

Tapi seriously, jenis mini macam ni lagi pekat baunya dan sangatlah tahan lama. Berbeza dari jenis gel pula. Tak tau kenapa. Rugi pula tak beli banyak2, sebab cute sangat. Macam2 bau ada..mango, caramel, peony, lagon, cotton flower, coconut, etc. Sarah suggest kalau korang nak pergi sephora beli la skit jenis2 mini ni. Tak silap sarah satu RM5. :)

Apepun best dapat pergi sephora walaupun poket rasa tak best.hahaha. At least merasa juga dapat masuk, ada la pengalaman.hehe. Ok, bye oll's
Copyright© All Rights Reserved Sarah In Da Housez!