Wednesday, 30 September 2015

Game android kegemaran sarah

Assalamualaikum n hi readers! Kali ni sarah saja nak berkongsi game apa yang sarah suka main kat android. Asyik story pasal makeup je.hehehe. Handphone sarah ni bukan la boleh download sampai 2 game. Terpaksa satu-satu main. Pelikkan macam mana sarah boleh try banyak game. :p

Antara game2 kesukaan sarah....



Cut the Rope. Banyak jenis ada. Yang sarah main sekarang cut the rope 2. Cute game ni tapi susah



Cooking fever. Cooking game memang kesukaan sarah. Sarah dah try macam-macam jenis cooking games, yang ni je sarah suka. Ikut selera masing-masing la.hehe



Sushi Bar. Ada lain jenis game sushi, tapi yang ni klasik. Nampak real. huhu. Cuma makin lama makin merapu sushinya. Siap kena buat bentuk bangunan



Ini game berhantu. hehehehe. Kalau orang yang tengah main game ni, bercakap dengan dia confirm tak layan. Grrrrrr~. Game ni sarah suka juga, tapi tak obses



Star girl. Paling lama main. Memang best, tapi lama-lama naik bosan juga. Sebab tu sarah bole tau banyak game sebab jenis cepat bosan. Uninstall game yang dah bosan, download lain. Begitu la sarah. hahaha

Tapi sekarang sarah dah boleh running android games dalam pc. Sarah install app bluestack. Tak tahu la nak buat review ke x sebab banyak cons dari pros



So ini app bluestack tu. maybe la sarah kongsi juga kot. InsyaAllah.

Pic source: Google Image

Ok, bye oll's. :)

Sunday, 23 August 2015

Sephora Queensbay Mall

Assalamualaikum n hi readers! Selepas pergi muzium 3D Penang, singgah Queensbay Mall pula. Ingatkan ada BBW rupanya tak ada. Last tuju Sephora juga la. Sephora pun sephora la. Tak shopping sakan pun. Apa yang sarah beli....



3 benda je beli. Masker Pomegranate, Sephora perfume 7ml, dengan Soap and Glory Clean On Me. Yang 3 paket kecil tu free samples

Masker tu akak sarah suggest sebab dia guna ok. Sarah pun tak nafikan memang best guna. Yang penting kulit tak melekit. Sebab masker topeng ni senang pakai, tapi senang juga rasa tak selesa kalau dapat masker yang tak bagus



Dalam box ni ada 5 paket. Jenis topeng, bukan gel

Perfume sephora tu bau strawberry. Walaupun 7ml tapi harga RM25. hoho. Jangan main-main. Mahal!. Nasib wangi

Soap and Glory Clean On Me tu memang all time favorite. Harga RM46 untuk 500ml. Hmmm, mesti ingat sarah ni taste tinggi, berlagak pakai shower mahal. Jangan cepat judge, mahal tapi sarah berani cakap tahan 4 bulan bole pakai sebab tekstur shower ni pekat. Sekali mandi dalam 2 pump dah cukup. Kalau korang pakai loofah (klik word loofah kalau nak tahu) 1 pump dah memadai. Bau harum badan korang tak payah cakap la. Wangi gilerrr! Baunya tak terlalu sweet, ada bau buah citrus mandarin

Sarah beli 3 barang, lepas tu SA tu kata kalau beli 3 dapat free gift macam kat pic bawah ni



Bole la dari tak bagi langsung. Tapi kalau bole next time jangan la kedekut sangat bagi sample, sikit sangat ni. =_=


Queensbay Mall penang ni besar tapi tak dapat nak pusing habis dalam mall ni. Hmmm, at least sephora mengubat hati. :p. Walaupun melayang $$$ ku. hahaha. Tapi u oll's sorry takde pic sephora queensbay. ;(

Ok, that's all. Until next time..bye
(merepek je speaking. =_=')


Saturday, 22 August 2015

Penang 3D Trick Art Museum

Assalamualaikum n hi readers! Jumaat lalu sarah jalan-jalan kat Penang. Tujuan utama nak pergi muzium 3D kat sana. Ingatkan cuma kat penang je, berlambak rupanya kat tempat lain. muahahaha. Ini bukan tertingal keretapi, tapi kapal terbang dah. :p.

Sarah sebenarnya masa khamis lepas dah sampai Kedah. Pada esoknya, hari jumaat tu baru bertolak ke Penang. Ok, jom check it out perjalanan sarah ke sana....



Naik Air Asia pergi Kedah. Agak nervous juga lepas 4 tahun tak naik sejak macam-macam kejadian pasal kapal terbang berlaku. Tapi Alhamdulillah selamat sampai Kedah juga. Apapun semput aku berjalan.huhu

Setibanya di Kedah, tak tidur hotel pun. Stay rumah kakak kat sana. Sampai pun malam dah, jadi tak berjalan mana hanya pergi makan je. Sampai rumah kakak, mandi..lepak,sembang2..tidur.hehehe. Esok pagi nak gerak pergi Penang lak



Dalam feri. ^_^. Sarah lupa harga tambang feri sebab orang sponsor. kikikiki. Korang google sendiri ye





Jambatan Pulau Pinang



Dah nak sampai dah Penang



Arca Pulau Pinang. Harusla ambil menandakan dah sampai. :)

Muzium 3D pulak..



Pic source: www.penang-traveltips.com

Sendiri lupa nak snap pic muzium ni. Lokasi muzium ni lepas korang turun dari feri, jalan depan skit akan nampak satu deret kedai, kat situ pun korang akan nampak ada muzium 3D yang first. Lokasi muzium yang sarah pergi ni belakang deret kedai muzium 3D yang first tu. Harap korang faham la, sarah sendiri pun pening. hahahaha

Bayaran masuk Adult RM15. Warga emas RM10 je kot. Budak-budak 3 tahun kebawah rasanya free. Umur budak 3 tahun keatas RM10 juga. Ok, sekarang mari la tengok sebahagian dari gambar sarah sepanjang dalam muzium ni...




Real takkkk??? Sarah takut ular. Geli rasanya nak duduk dalam mulut ular tu. Ngeriii~



Alice in Wonderland. Me in orange blouse. Hehehe. Sarah jadi kecil. Tile flooring tu nampak sama rata. Tapi sorang bole jadi besar, sorang kecil. Memang amazing la. ^_^



Haha. Nasib baik tak ada buah kelapa (faham2 je la). Ngeee~



kahkahkah. The Ring pun ada. Abang ipar muka tenang je tarik rambut hantu. Nak bawa pegi saloon potong rambut, tapi degil benda alah ni. muahahaha. :p



Nak bawa E.T pegi beli jeruk. Menyesal ajak, last2 dia suruh kita bawa basikal. ;p



Tiket

Kalau rajin layarila laman web kat tiket tu. So far best juga la muzium 3D ni, banyak je lagi cuma sarah sampai tak larat nak posing kat semua wall art je. Ada rezeki lebih nanti nak pergi muzium 3D yang lain juga. Dekat tempat tinggal sendiri, kat Melaka pun tak pergi lagi. Mengikut kata pekerja muzium ni ada 4 muzium 3D kat Penang ni. Kalau dapat pergi semua korang rare la.huhuhu (mari berhuhu)

Sorry kalau penerangan sarah tak padat sangat. Pergi sana pun perjalanan tak smooth sangat, pergi pun tak bole balik lewat maklumla ada agenda lain. Next time memang plan nak fully jalan2 kat Penang lagi

Ok, ini saja u oll's. Bye~. :)

Monday, 10 August 2015

Shiseido Ma Chérie Shampoo (box set)

Assalamualaikum n hi readers! Pernah tak korang alami macam sarah, dah cuba macam-macam shampoo tapi kulit kepala gatal, dan cepat berminyak. Pada yang cuab satu shampoo terus sesuai, untungla korang. hehehe. Sarah ni sampai dah tak tahu nak beli shampoo apa dah, sampai sarah ada tengok ramai pakai shampoo ni iaitu dari Shiseido Macherie shampoo

Sarah pegila guardian cari shampoo ni dan harganya pun bole tahan mahal. huhu. Tapi tutup mata beli je la mana tau sesuai dengan kulit kepala. Macam sarah beli satu set ni RM80 harga asal, tapi promo dapat RM70

Memang tak rugi beli, rasa berbaloi la sebab sesuai dengan kulit kepala dan bau shampoo ni harum sungguh, bau manis buah tapi tak overpower mana pun



Ini la satu set shampoo yang sarah beli. Kalau korang takut awal-awal nak beli satu set macam ni. Set trial pun ada jual juga. Dari trial (small), medium, large semua ada. Ok, that's all. Cewah! Bye oll'sss. :)

Wednesday, 8 July 2015

Shiseido Ma Chérie Hair Fragrance

Assalamualaikum n hi readers! Sarah tercari-cari pewangi rambut selama ni sebab rambut ni maklumlah bila masak terutamanya asap masakan tu meresap kat rambut so berbau masakan rambut kita. Kalau baru basuh rambut tak kan nak basuh lagi sebab tak elok sebenarnya basuh kerap. Jadi jalan penyelesaiannya kena beli la pewangi rambut, mujur Shiseido ada keluarkan hair fragrance



Tak tinggi sangat botolnya. Lebih kurang botol air mineral yang kecil tu sizenya. Bau best, bau buah-buahan

Cara pemakaian hair fragrance ni kena sembur jarak jauh skit. Jangan sembur kat kulit kepala pula. Ini bukan macam brand Batiste, bole sembur kat kulit kepala. Batiste pun wishlist sarah juga, belum dapat beli lagi.huhu

Hair fragrance ni harga dalam lebih kurang RM24 gitu. Sejak ada produk ni tak ada masalah bau rambut dah, dan kulit kepala pun tak ada rasa gatal2 bila pakai produk ni. The best!!! :)

Monday, 15 June 2015

Washi Tape

Assalamualaikum n hi readers! Lama dah tak update blog, jari jemari pun rasa kekok je nak menaip. Bukan tak ada produk yang sarah nak review tapi hampir give up juga rasa nak tutup blog pun ada, bukan nak meraih simpati pun. Tapi bila fikir penat-penat je aku bina blog ni takkan nak tutup maca tu je. So, tak jadila nak tutup blog ni. Teruskan je la

Ok, berbalik pada tajuk post hari ni iaitu hobi baru sarah. Sarah dah tergila-gilakan washi. hehe. Apa tu washi???



Washi ni dalam bahasa Jepun, kalau B.I..masking tape. Korang bole deco planner, deco tempat letak makeup ke. Macam2.

Ini la akibat tergoda tengok rakan2 beli. hehehe. Insyallah next entri sarah akan suggest kat mana nak beli. Ok, bye oll's.
Copyright© All Rights Reserved Sarah In Da Housez!