Tuesday, 14 April 2015

Mickey Mini Portable Washing Machine

Assalamualaikum n hi readers! Cute tak mesin basuh ni? Haaa!!! Ini adalah mesin basuh mini. Mesin basuh ni tak silap sarah dari company Little Duck. Ok, kalau nak tau lebih lanjut..jom baca info selanjutnya kat bawah okeyyy...



Spoil pula keadaan bakul spin dalam tu. Abaikan ye


Apa yang ada dalam mesin ni ialah bakul spin dan penutupnya, pipe untuk masukkan air dalam mesin dan guide book. Guide book tu tak payah baca pun tak apa, bukan faham pun sebab bahasa cina. wakaka

Mesti korang tertanyakan pic paling atas ni bakul spin tunggang langgang. Pic second ni elok pula bakulnya.haha. Sebenanrnya ada pic yang sarah ambil lain2 hari. Sebab bila cek balik pic yang snap tu ada yang senget, ada yang blur la..bla..bla


Tulisan sebenar semua dalam bahasa cina. Jadi sarah translate untuk korang. Cewah! translate la sangat padahal seller yang bagitau. hahaha



Plug jenis AU. Biasanya ni plug luar negara pakai. Jadi kat sini susah skit nak dapat plug yang sesuai


Kena guna multipurpose plug baru bole. Jenis macam sarah pakai ni memang susah nak jumpa dah. Atau korang ada jenis lain, ok je. Janji bole masuk plug. Tengok siap tunjuk lagi plug apa sesuai.kikiki. :p

Ciri-ciri mesin

Panjang wayar - 131 cm
Power - 220V , 350W
Plastic body
Transparent case
Portable handle
Semi Auto


Apa size mesin ni?

Tinggi daripada baldi

Berapa helai baju boleh basuh?

5-7 helai baju dewasa
Jeans atau jaket dalam 2 helai
Tuala 2 helai
20 helai baju baby
20 helai pakaian dalam

Bole spin tak?


Of course bole

Guna bateri ke eletrik?

Elektrik

Kenapa semi auto?


1)
Bila nak basuh kena bawa keluar bakul spin tu

2) Bila nak spin kena bawa masuk bakul spin tu balik

3) Bila nak buang air kotoran je baru bawa turun salur paip tu. Kalau bawa turun salur paip masa mesin tengah mencuci alamatnya keluar la air tu. hanya nak spin je baru bawa turun salur paip tu

Sebenarnya kadang2 lebih dari tu pun bole masuk macam pakaian dalam, baju baby dengan baju dewasa. Tapi kalau bole tolong jangan padat sangat. Tuala, jeans, dengan jaket jenis yang tebal2 tu sarah rasa dalam 2 helai bole la, cuma spin kena one by one. Macam baju pula nak spin tu first round spin dulu dalam 3-4 helai. Baju nipis bole masuk lebih helai skit. Tapi spinnya x berapa kering sangatla, bukanla tak berapa kering maksudnya air tu masih meleleh..bukan, silap tu. Macam lembab gitu je

Tapi senang la keje bila ada mesin ni, macam pakaian dalam tu tak payah nak basuh tangan dah. Baju baby pun senang nak basuh, tak campur aduk dah dengan baju dewasa. Memang tak bole campur pun kan.huhu. Siapa yang duduk rumah sewa ke, duduk bujang tu sesuai ada mesin ni. Nak bawa kemana-mana pun senang, nama pun portable (mudah alih). :). Haishhh napela masa duduk rumah sewa dulu tak ada benda ni. benciiiiii

Price RM219. Termasuk postage tu. Kalau nak tau ukuran korang tengok sendiri kat insta JGN_TGK_BAHAYA ni https://instagram.com/p/xTH4i8zf2A/

Bole tengok video mesin ni kat instagram sarah @sarahpinkroses

Sarah ni tak sudah review barang dari ig jgn tgk bahaya. Ini bukan review berbayar atau sponsor tau. hehe. Beli sendiri maaaa!!! Ok, selamat tengok mesin yang comel ni ye. Byeee













Friday, 10 April 2015

Pobling Pore Sonic Cleanser

Assalamualaikum n hi readers! Pobling pore sonic cleanser adalah produk dari Korea. Sarah memang tercari-cari tool untuk cuci muka. Sebelum ni pakai tangan dan ada juga pakai daiso cleansing pad. hehe. Tapi bukanla bersih mana pun

Nak beli Clarisonic Mia mahal teramat mahal. huhu. Tak silap sarah dalam RM 400 keatas la. Tak tahu la kalau ada dalam RM 300 macam tu. Tapi masih mahalkan. Olay Pro-X advanced cleansing system pula asyik tak jumpa je, malas dah nak cari. haha. Korang kalau nak tau apa benda tools yang sarah sebut ni, nak tengok rupanya camne. Klik je nama2 tools tu
Ok jom tengok Pobling...



Warna biru. Ada merah, dan gold juga


Ada stand untuk berus ni. Jadi tak ada la kotor. Tak ada kena baringkan kat sinki ke apa


Kalis air tu bukanla bermaksud berus tu kalis air. huhu. Maksudnya tak ada la air tu masuk kat dalam button dengan area bateri



Head replacement. Boleh tukar berus lepas 3-6 bulan penggunaan. Bergantung pada cara korang pakai, ganas ke tak. ngeee~. Pandai jaga, ok la



Perlukan 1x bateri AAA je. Ada anak panah kat pemegang biru tu untuk tunjuk arah mana korang kena open

Cara guna:-

1) Basahkan berus dulu

2) Letakkan pencuci muka kegemaran korang atas berus tu. Alaa, macam letak ubat gigi kat atas berus gigi

3) Tekan button, baru bole cuci muka

Apa yang sarah paling suka ialah berusnya tersangat la lembut. Padat pula tu berusnya, puas hati cuci muka kena semua tempat. Yang tersorok pun kena. :). Kata kalau foundation korang tak buang dulu, pobling ni boleh cuci habis bersih. Cuba la lepas cuci muka dengan pobling ni pakai toner tengok la ada tak sisa foundation yang tertinggal

Kalau korang tanya boleh tak buang eyeliner, eyeshadow, atau maskara itu sarah tak cuba lagi. Satu perkara yang paling penting, sarah tak galakkan guna setiap hari. Takut kulit terlalu kering. Kalau sarah, dalam seminggu 3 kali je

Apa yang kurang pasal produk ni, kalau dari segi berusnya tak ada apa masalah. Cuma sarah harap lepas ni pobling sediakan penutup untuk berus tu untuk elak habuk ke apa. Emmm, selain itu semuanya ok je. :)

Sarah beli RM 49 include postage kat JGN_TGK_BAHAYA

 ok, bye oll's



Wednesday, 8 April 2015

Self Stirring Mug

Assalamualaikum n hi readers! Asyik post entri pasal mekap je, kali ni nak buat review selain mekap pula la iaitu pasal mug. Haaaa!!! Ni bukan sebarang mug, tapi mug ni macam blender dimana korang tak perlu menggunakan sudu dah untuk bancuh air. Menarik tak??? Jom tengok camne....



Bole buat sup lagi tu tau. Tapi sarah tak cuba lagi


Mug ni besar. Dekat pemegang tu ada button kuning, korang kena tekan button tu untuk stir


Macam blenderkan. Tapi bukan tajam pun. Ini la yang membuatkan air tu bole berputar


Perlukan 2x bateri AAA. Ini kat bahagian base, korang kena buka penutupnya dulu baru bole isi bateri. Ada tunjuk kat penutup tu belah mana nak open, close

Cara menggunakannya:-

- Kena bubuh air panas dulu, pastu baru la korang bole bubuh serbuk nescafe ke, milo..etc.Uncang teh pun bole, cuma sarah tak cuba lagi. Kalau uncang teh tu better jangan yang ada tangkai / label. Kalau tak macam mana nak stir kalau tergantung teh tu. Biasa kalau ada tangkai tu sarah cabut je label teh tu

Sarah ada demo kat instagram. Kalau nak tengok sila klik link bawah ni atau kat right sidebar ada instagram sarah. Tengok kat hp better skit

https://instagram.com/p/1KNzRWkiZt/

Dah seminggu lebih sarah guna tak ada apa masalah. Sarah tau setakat seminggu bukan tempoh yang cukup untuk tengok rosak ke tak, ketahanan tu macam mana. Tapi ada juga produk yang tak sampai seminggu dah rosak. Satu je, jangan bagi jatuh mug ni. Tapi kadang2 tak sengajakan, kalau bole hati-hati kalau guna ni. :)

Biasa kalau guna mug ni, kalau bancuh air panas jangan bancuh air sejuk. Kalau panas, panas je. Mug ni sesuai sangat bawa pergi travel, bawa pergi kerja memang ok sangat la. hehe. Sekarang sarah nak bancuh apa pun senang. Nanti korang tak perlu la bawa sudu dah, bole campak sudu tu. Tak la, gurau je (gurau la sangatkan) ;p

Ada orang kata teknologi sekarang membuatkan manusia jadi pemalas? Ala, setakat mug ni tak perlu kata macam tu. huhu. Lain la kalau ada robot yang tolong bancuh. Ini still kena tekan button. Ini namanya memudahkan, bukan malas. Ah! Lantakla pemalas ke apa. hahaha.

Mug ni harga RM30 include postage. Apepun tanya owner shop ni sendiri. nanti memandai pula sarah bagi info. huhu

Link online shop klik kat bawah ni tau..

https://instagram.com/jgn_tgk_bahaya/

Nama shop tu JGN_TGK_BAHAYA.  Memang bahaya pun, sebab nak beli lagi nanti. hehehe. Jangan marah tau. Ok la, bye oll's. Ada lagi 2 barang dari shop yang sama. nantikan review. :)

Tuesday, 7 April 2015

Hijab by Emma Maembong

Assalamualaikum n hi readers! Sedar tak sedar rupanya dah sebulan lebih ye sarah tak update blog. Fuhhh~. Hebat! hehehe. Ok la, untuk entri pertama di bulan April 2015 setelah menyepi selama sebulan lebih ni sarah nak perkenalkan Hijab by Emma Maembong. Disebabkan teruja tengok tutorial Emma Maembong, sebab nampak mudah je cara nak pakai hijab dari Emma ni. Jadi order la dari official web Hijab by Emma Maembong sendiri. Apa yang sarah beli jom tengok...



Official web / online shop Hijab by Emma Maembong


Klik link bawah ni kalau nak visit...

http://www.hijabemma.com



Sarah beli Chanella Black. Ini kategori pinless shawl. :). Nanti2 sarah upload pic sarah pakai shawl ni. Selesa sangat. Material pun bagus

Bukan setakat pinless shawl saja, banyak lagi pilihan. Korang jangan risau. Tak silap sarah Ainna X Loop salah satu best seller hijab. Sarah ada juga nak beli jenis lain pula, InsyaAllah

Untuk yang nak beli sendiri kat kedai Hijab by Emma Maembong  boleh pergi kat Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi. Butik pertama Hijab by Emma Maembong. Ok, bye oll's. :)

p/s : Nak menyelit info jap. Maaf sebab tiada kesudahan sarah re-upload pic yang lost. Sedihhh. Thanks pada yang sudi nak singgah blog sarah yang entri cuma 20% je bole baca. Yang lain-lain korang hanya bole baca entri tanpa pic. :(. Maaf sangat2. Tapi sarah masih wujud tau kat blog ni, belum 'pencen' lagi.huhu.
 

Monday, 23 February 2015

FAQ & NOTICE

Assalamualaikum n hi readers! Sarah dah lama fikir nak buat entri FAQ. So, hari ini sarah nk buat untuk menjawab segala pertanyaan yang sarah terima samaada dari email atau blog :)

Soalan-soalan berikut...

Kenapa email sarah nama elianto2323?

Soalan ni ada beberapa la orang tanya kat sarah. So, jawapannya elianto tu sebab first kosmetik sarah pakai. Sarah rasa tak ada masalahkan nak guna nama elianto tu. Sebab sarah bukan jenis suka pakai nama merepek2. Angka 23 tu melambangkan waktu umur tu sarah register email. Tak ada kena mengena sarah kerja kat butik elianto ke apa. hahahaha

Online shop yang ada kat blog ni sarah ke pemilik / penjualnya?

Maksudnya banner2 online shop yang sarah iklankan kat right sidebar blog sarah


Ni soalan paling famous sarah dapat. Memang kelakar habis. Sampai ada inbox kat FB tanya ada jual tak shampoo, etc. hahahahahaha. Adoi, lawak la. Sabar je la

Masalahnya yang sarah tak faham dah tentu sarah tak jual sebab kat blog sarah tak ada letak account no sarah ke apa. Tak ada pun kat blog sarah kata sarah jual ini, sarah jual itu...kalau nak order email atau PM. Tak ada pun. Dan kalau sarah seller online, setiap hari sarah promote barang yang sarah jual kat blog. Kalau tak ada maknanya sarah bukan la penjual. Kadang-kadang dah siap letak link online shop tu tapi still kata sarah jual ke. Mohon rajin membaca sampai habis, belek habis-habisan. Ini la akibat MALAS nak membaca atau saja je tak ada keje nak kacau orang

Ingat! Banner-banner yang ada cuma tujuan advertising je, sarah sharing dengan korang trusted online shop. InsyaAllah sarah akan share lagi online shop yang best2. :)

Sis / dear is this available? Price pls? bla..bla..blaaaaa!!!!

Soalan-soalan ni pun ada kaitan macam soalan atas ni, lebih kurang maksudnya. Tapi jenis orang macam ni tiba-tiba direct tanya. Tak faham betul la. Yang sarah pun terpinga la tiba-tiba 'PM price pls?' 'Is this available?'. Apa kes? Cewah! garang pula. hehe. Bukan nak sombong. Tapi biar la logik sikit pertanyaan tu. Sarah bukan penjual. Kalau sarah yang jual, bila sarah bagi penerangan produk sarah akan sertakan no whatsapp sarah ke, atau email sarah untuk order. Sarah akan nyatakan berapa produk yang masih available. Tapi tak ada kan. Jadi? Tak faham2 lagi. Waaaaa~ nangis. Letih betul la. :(

Sis, ada email tak?

Most ridiculous question!!! Tanya email kat sarah, tapi yang dia email kat sarah tu bukan ke dia dah tau email sarah apa. krik..krik...krik (bunyi cengkerik). hahahahahahahahaha. Kadang-kadang bila tak jawab pertanyaan kata sombong, ala perasan dah la blogger suam-suam kuku. Tapi bila asyik tanya yang tak logik memang sakit hati la. Orang macam ni takde life kot. Keje nak prank orang je

Berapa cas kalau suruh buat review?

Ok, ni soalan serious pula. :p. Sebenarnya sarah tak ready lagi untuk terima apa-apa review berbayar. InsyaAllah nanti la, belum sesuai lagi. Kalau sarah rasa nak buat review berbayar sarah maklumkan kat blog.

Buat masa ni sarah hanya terima gift la, kalau ada yang minta sarah review produk sarah buat. Jangan pandang rendah tau kat blogger yang tak ada followers beribu2. Tak semestinya blogger tu bilangan followers rendah, tak ada rezeki atau luck bila bagi gift kat dia. (sesi sentap jap.hahaha). Yela, biasa orang akan pandang rendah kat blogger yang less followers. :(

Okey, sarah rasa ini je soalan yang agak famous la. hehe. Jangan salah sangka kata sombong ke apa. Cuba kena kat diri sendiri. Haaaa, camne? :)

NOTICE

Ok, ni ada notice sarah nak bagitau. Blog sarah pic 99% banyak hilang. So, sarah dalam proses nak kemaskini blog, cari pic yang hilang tu balik. Sarah minta maaf menyusahkan korang nak baca entri yang pic hilang. Sarah nak private blog tapi tak perlu la rasanya. Boleh kemaskini perlahan2

Ok, itu je. Bye oll's



Sunday, 8 February 2015

Golden Rose Cosmetics Malaysia #1

Assalamualaikum n hi readers! Golden Rose Cosmetics Malaysia ialah jenama kosmetik daripada Turkey, dan satu-satunya kosmetik Turkey yang telah memasuki pasaran Malaysia. Golden Rose Cosmetics telah wujud 30 tahun yang lalu di negara-negara Eropah

Produk Golden Rose cosmetics sebenarnya telah terjual lebih daripada 90 buah negara (worldwide). Produk ini 90% dihasilkan di Turkey dan 10% daripada Eropah. Apa yang paling best produk ini selamat digunakan unutuk pengguna Muslim. Yesss!!!  :)

Ok, sekarang jom tengok sarah dapat apa...


❤❤❤ Love it!!! ❤❤❤

Thanks so much Golden Rose Cosmetics Malaysia

Sarah mulakan dengan lipstik dulu... :)

Golden Rose Velvet Matte Lipstick


 






Semua lipstik ni dah jadi favourite sarah. Boleh dianugerahkan 'The best matte lipstick ever' la. Tekstur lipstik ni yang lembut, jadi senang sangat pakai. Pekat pula tu (pigmented), memang tak tipu la. Paling sarah suka sebab ianya matte, dan sangat tahan lama

Lipstik golden rose tak ada nama, cuma diletakkan code number sahaja. Warna lipstik ni ada yang berubah mengikut darah korang. Tapi tak semua la jadi macam tu. Macam tak percaya atau tak logik je bunyinya, tapi sebenarnya betul..ikut darah korang. Kalau korang pernah beli lipbalm lipice ke apa ntah, yang iklan tu kata bila pakai tiba-tiba warna bibir tukar jadi merah jambu la, etc. Macam mana lipbalm yang tak ada warna bila korang pakai kat bibir, bibir jadi kemerah-merahan. Itu sebab ikut darah la. Lebih kurang juga la bila korang pakai lipstik. Faham? hehehe. :)

Golden Rose Lipliner





Golden rose lipliner, super pekat tahap nak pengsan punya. haha. Tak pernah sarah jumpa lipliner sepekat ini

Swatches



 See, pink betul

Seriously, dari lipstik ke lipliner sarah sejujurnya sangat selesa pakai sebab bibir rasa comfortable dan tak panas langsung

Price

Golden Rose Velvet Matte Lipstick: RM 20.00

Golden Rose Lipliner: RM 17.00

Jom klik link Golden Rose dibawah..korang boleh tengok produk lain juga



Instagram: @goldenrosemalaysia

Ok, bersambung ke entri #2 :). Ada lagi produk seterusnya yang sarah nak kongsi

p/s: This product was sent out to me for a review purpose. This review are my honest opinion 
Copyright© All Rights Reserved Sarah In Da Housez!