Monday 29 December 2014

Peripera Frozen

Assalamualaikum, hi readers! Kira-kira lebih kurang 2 bulan lebih lalu rasanya, Peripera melancarkan produk terbaru iaitu Peripera Frozen. Sarah adalah peminat frozen, apelagi rasa excited tu dah tahap maksimum dah. Hati dah melonjak keriangan. huhu

Lagi pula tak silap sarah peripera frozen ni limited edittion tau. Sarah harap sangat peripera frozen ni permanent. Senang boleh beli bila2 je. Ok, jom tengok sarah beli ape

Peripera Frozen Tap Tap 3 Eyes Eyeshadow




Sarah beli Elsa punya eyeshadow sebab minat sangat2 dengan warnanya. Bole la feeling elsa skit. hehe

 Swatches


 Princess Elsa Inspired Makeup :)



Tak berapa nak elsa sangat la. hahaha

Peripera Frozen Wholly Deep Auto Liner (Black)



Cantikkan pencil eyeliner ni, satu2nya eyeliner yang paling cantik sarah ada. ;p. Tekstur eyeliner ni creamy dan sangat hitam..hitam pekat likat. huhu. Eyeliner ni ada skali macam smudge sponge, so korang boleh smudge untuk buat smokey eyes atau untuk blurkan skit eyeliner tu

Swatches


Eyeliner ni ada glitter. Memang long lasting, dan waterproof eyeliner ni. Nak remove eyeliner ni pakai ape pun boleh, tapi lagi better pakai makeup remover yang jenis oil / water based. Makeup remover jenis tissue pun ok

Mostly produk ni berkonsep glitter. Tapi glitter bukan jenis glam, mengerlip sangat tu. Memadai la berkilat tu, tak over. Lepas ni sarah tak sure nak beli ape, tapi sarah nak try powder pula. :)

Siapa peminat frozen tu cepat2 la beli sebelum produk2 ni x dijual lagi. Peripera frozen ni bole dapat kat Watson je. Kalau kata korang pegi booth dah habis stok, boleh beli online. Klik link bawah...

www.in2face.com

Boleh la tengok2 harga. Tengok skali harga produk2 yang sarah beli kata atas ni, sebab sarah lupa harga. hahaha

Tataaa~ ;p

Mario Badescu Silver Powder

Assalamualaikum n hi readers! Pada 13 November lalu sarah ada dapat voucher RM50 dari Luxola Singapore.



sebagai bukti ini vouchernya. ;)

Ada beberapa blogger yang lain juga dapat. Syukur Alhamdulillah pihak luxola bagi sebab banyak ni RM50. mana nak dapatkan

Susah juga masa nak memilih barang tu, sebab makesure kena buat pilihan tepat memandangkan first time dapat voucher macam ni. wakaka. Kalau tak nak beli kojac sponge, tapi macam tak berbaloi je. Last2 minta pandangan kawan sarah Puteri panda. Thanks Puteri suggest beberapa produk..dan sarah pilih untuk beli Mario Badescu Silver Powder. :)



Sarah pilih produk ni sebab memandangkan review bagus2. Paling penting sebab sarah 'hantu' masker. Ngeee~



Dipanggil silver powder sebab ada la skit powder yang berwarna silver. Tapi masa apply kat muka takde la muka korang jadi silver pun. :p

Konsep macam bedak sejuk, tapi bedak sejuk tu biasa gaul kat tangan je. Untuk silver poder ni pakai kapas la

Cara pemakaian :-

Basahkan kapas. Lagi elok bagi kapas tu betul2 basah, dan perah skit je. Jangan perah sampai kering. Jangan takut2 masa nak basahkan tu ye




Pic kiri..baru apply. Pic kanan..masker dah mengering. :). Ia tak buatkan muka korang tegang ke ape, bukan macam kebanyakkan masker yang kat luar tu

So far, dah hampir sebulan pakai. Tiada ape2 kesan jerawat timbul ke ape, muka jadi panas ke takde. Sarah baca review orang yang dah guna silver powder ni kata dapat mengurangkan whiteheads. Sarah ada masalah whiteheads kat hidung, hidung sarah memang tempat paling berminyak. Sarah try guna pore strips, sarah tengok ada berkurangan whitehead kat hidung. Syukur sangat. Sebab kalau tak, penuh kat pore strips tu dengan whiteheads

Memang puas hati la selama sarah pakai silver powder ni. Silver powder ni harga RM65 (28g), sarah kena tambah RM15 lagi. Ok, klu rasa2 nak beli klik la link kat bawah ni...

http://www.luxola.com/my

Tataaa~
Copyright© All Rights Reserved Sarah In Da Housez!