Monday, 29 December 2014

Peripera Frozen

Assalamualaikum, hi readers! Kira-kira lebih kurang 2 bulan lebih lalu rasanya, Peripera melancarkan produk terbaru iaitu Peripera Frozen. Sarah adalah peminat frozen, apelagi rasa excited tu dah tahap maksimum dah. Hati dah melonjak keriangan. huhu

Lagi pula tak silap sarah peripera frozen ni limited edittion tau. Sarah harap sangat peripera frozen ni permanent. Senang boleh beli bila2 je. Ok, jom tengok sarah beli ape

Peripera Frozen Tap Tap 3 Eyes Eyeshadow




Sarah beli Elsa punya eyeshadow sebab minat sangat2 dengan warnanya. Bole la feeling elsa skit. hehe

 Swatches


 Princess Elsa Inspired Makeup :)



Tak berapa nak elsa sangat la. hahaha

Peripera Frozen Wholly Deep Auto Liner (Black)



Cantikkan pencil eyeliner ni, satu2nya eyeliner yang paling cantik sarah ada. ;p. Tekstur eyeliner ni creamy dan sangat hitam..hitam pekat likat. huhu. Eyeliner ni ada skali macam smudge sponge, so korang boleh smudge untuk buat smokey eyes atau untuk blurkan skit eyeliner tu

Swatches


Eyeliner ni ada glitter. Memang long lasting, dan waterproof eyeliner ni. Nak remove eyeliner ni pakai ape pun boleh, tapi lagi better pakai makeup remover yang jenis oil / water based. Makeup remover jenis tissue pun ok

Mostly produk ni berkonsep glitter. Tapi glitter bukan jenis glam, mengerlip sangat tu. Memadai la berkilat tu, tak over. Lepas ni sarah tak sure nak beli ape, tapi sarah nak try powder pula. :)

Siapa peminat frozen tu cepat2 la beli sebelum produk2 ni x dijual lagi. Peripera frozen ni bole dapat kat Watson je. Kalau kata korang pegi booth dah habis stok, boleh beli online. Klik link bawah...

www.in2face.com

Boleh la tengok2 harga. Tengok skali harga produk2 yang sarah beli kata atas ni, sebab sarah lupa harga. hahaha

Tataaa~ ;p

Mario Badescu Silver Powder

Assalamualaikum n hi readers! Pada 13 November lalu sarah ada dapat voucher RM50 dari Luxola Singapore.



sebagai bukti ini vouchernya. ;)

Ada beberapa blogger yang lain juga dapat. Syukur Alhamdulillah pihak luxola bagi sebab banyak ni RM50. mana nak dapatkan

Susah juga masa nak memilih barang tu, sebab makesure kena buat pilihan tepat memandangkan first time dapat voucher macam ni. wakaka. Kalau tak nak beli kojac sponge, tapi macam tak berbaloi je. Last2 minta pandangan kawan sarah Puteri panda. Thanks Puteri suggest beberapa produk..dan sarah pilih untuk beli Mario Badescu Silver Powder. :)



Sarah pilih produk ni sebab memandangkan review bagus2. Paling penting sebab sarah 'hantu' masker. Ngeee~



Dipanggil silver powder sebab ada la skit powder yang berwarna silver. Tapi masa apply kat muka takde la muka korang jadi silver pun. :p

Konsep macam bedak sejuk, tapi bedak sejuk tu biasa gaul kat tangan je. Untuk silver poder ni pakai kapas la

Cara pemakaian :-

Basahkan kapas. Lagi elok bagi kapas tu betul2 basah, dan perah skit je. Jangan perah sampai kering. Jangan takut2 masa nak basahkan tu ye




Pic kiri..baru apply. Pic kanan..masker dah mengering. :). Ia tak buatkan muka korang tegang ke ape, bukan macam kebanyakkan masker yang kat luar tu

So far, dah hampir sebulan pakai. Tiada ape2 kesan jerawat timbul ke ape, muka jadi panas ke takde. Sarah baca review orang yang dah guna silver powder ni kata dapat mengurangkan whiteheads. Sarah ada masalah whiteheads kat hidung, hidung sarah memang tempat paling berminyak. Sarah try guna pore strips, sarah tengok ada berkurangan whitehead kat hidung. Syukur sangat. Sebab kalau tak, penuh kat pore strips tu dengan whiteheads

Memang puas hati la selama sarah pakai silver powder ni. Silver powder ni harga RM65 (28g), sarah kena tambah RM15 lagi. Ok, klu rasa2 nak beli klik la link kat bawah ni...

http://www.luxola.com/my

Tataaa~

Thursday, 25 September 2014

Plus White 5 Minute Speed Whitening System

Assalamualaikum n hi readers! Lama dah x taip menaip kat blog sendiri ni, dah sebulan lebih berhabuk blog. hehehe. Banyak review tertangguh disebabkan busy dan laptop pula buat hal. Aishhh. =_=.. Ok, arini sarah nak review produk untuk memutihkan gigi iaitu Plus White 5 Minute Speed Whitening System. Panjang sungguh nama. huhu


Dalam box ni ada 5 Minute Speed Whitening Gel, Tartar Control Pre Whitening Rinse dan Mouth Tray



Baca directions betul2. Baca step by step dengan teliti

Cara2 pakai:
 

First...

 

Kat directions, Concentrated Tartar Control Pre-Whitening Rinse ni kena letak at least 1 sudu kecil / teaspoon..mix dengan air sekali. Jangan semata2 kumur2 dengan Tartar ni

Lepas dah selesai kumur2, gosok gigi tanpa ubat gigi / toothpaste

Final step...



Mouth tray

Letak gel pada mouth tray. Tengok betul2 mana bahagian atas dan bawah. Macam gambar atas ni sarah bukan letak macam tu je. Ratakan bagi kena kat seluruh bahagian



Produk ni sarah pakai 3/2 kali seminggu. Jangan pakai tiap2 hari. Kalau sesiapa yang giginya memang putih dan nak maintain putih tu bole guna produk ni. Lagi satu dapat menjimatkan kos sebab korang boleh pakai banyak kali. Kata kalau ada event ke, atau nak kawin ke. Sebelum tu dah bole pakai produk ni

Sarah nak ingatkan juga masa korang dh letak mouth tray ni kat gigi, gigi korang akan macam berbuih. Itu tandanya proses bleaching / pemutihan dah mula, dah nak start cuci gigi korang. Nanti jangan pula tengok gigi berbuih, berlari nangis..menjerit keluar bilik air ingat ada penyakit ke ape. hehehe

Ok, kalau korang nak beli..klik link kat bawah

"Supermodel's Secrets Beauty Store"
SS Gallery: 1st Floor, 41A, Jalan SS 15/4B, Subang Jaya
Website : http://www.supermodel2u.com
Blog    : http://www.supermodels-secrets.com
 

 +6016 280 1990 (SMS/Whatsapp)
talk2us@supermodels-secrets.com
  http://www.facebook.com/Supermodel2u

 
Harga RM79. Boleh jenguk2 juga produk lain, macam2 ada kat shop Supermodel's Secret

:)

p/s: This product was sent out to me for a review purpose. This review are my honest opinion








Tuesday, 19 August 2014

Wet n Wild MegaLast Lip Color

Assalamualaikum n hi readers! Sarah nak review satu lipstik yang best bagi sarah iaitu Wet n Wild MegaLast Lip Color. Wet n Wild ni antara jenama fav sarah..sebabnya bagi sarah harga berpatutan tapi puas hati bila guna. :)

 





Pretty Hot Pink!



Memang Smokin' Hot Pink!!! I love it!

Kalau tengok gambar atas ni 1 layer pun dh terang, maknanya sangat pigmented...pekat lipstik ni. Korang pakai sikit pun dah ok. Masa pakai lipstik ni sarah terlupa apply lipbalm...sebab takut la bibir kering. Tapi walaupun terlupa apply lipbalm bibir sarah x kering atau merekah

Bibir pun x rasa panas. Kalau korang pakai lipstik dan rasa macam panas mean ada la bahan2 terlarang dalam tu. Tapi lipstik wet n wild ni x panas. Ketahanan 4 jam lepas tu reapply la balik lipstik tu

Lipstik ni jenis matte. Takde glossy, shining ke apa. Sangat comfortable. Sarah rasa ni lipstik drugstore paling pigmented, pekat giler. hehehe

Kalau korang berminat nak beli lipstik ni klik link bawah...

http://www.colourscosmeticsmalaysia.com

Harga lipstik ni hanya RM16. Murahhhh!!! Tak menyesal punya sebab review rata2 positif. Warna pun macam2 ada...banyak pilihan

Kalau korang tak tau mana nak search produk ni kat web...bila klik link atas ni korang kena buat macam bawah ni..



Pegi hala mouse kat brand pastu cari la Wet n Wild dan klik. Senang je. Boleh dah tinjau2 mana yang berkenan

Nak senang lagi dekat sidebar belah kanan blog sarah ada banner Colours Cosmetics..klik situ pun bole. Lagi mudah dan cepat. :)

Ok, bye oll's

p/s: This product was sent out to me for a review purpose. This review are my honest opinion

Friday, 18 July 2014

Twinfish Oat Choco

Assalamualaikum n hi readers! Masa oat choco ni meningkat popular, kat tempat sarah susah sangat nak cari oat choco ni. Meliur je tengok org makan. hahaha. Tak sangka tengah 'mengidam' oat choco ni pihak Supermodel's Secret bagi oat choco ni kat sarah. hehe. Dapat merasa. Syukur Alhamdulillah



Ingredients:


Oatmeal, Cocoa Butter Replacer (palm oil based), Non-Dairy Creamer, Sugar, Maltodextrin, Salt and Soy Lecithin

Sedap sangat rasa susu manis lemak berkrim gitu. Sesuai untuk vegetarian. Oat choco ni bole juga disajikan masa hari raya yang bakal menjelma nanti. :). Mana nak beli...link kat bawah

http://www.supermodel2u.com/Twinfish-Oat-choco/q?pid=347&doit=order

RM12 utk 1 pek ni

Untuk details...

"Supermodel's Secrets Beauty Store"
SS Gallery: 1st Floor, 41A, Jalan SS 15/4B, Subang Jaya
Website : http://www.supermodel2u.com
Blog    : http://www.supermodels-secrets.com
 

 +6016 280 1990 (SMS/Whatsapp)
talk2us@supermodels-secrets.com
  http://www.facebook.com/Supermodel2u


Guna kod MYMY utk diskaun

p/s: This product was sent out to me for a review purpose. This review are my honest opinion

Thursday, 17 July 2014

Snow White Milky Pack

Assalamualaikum n hi readers! Snow White Milky Pack? Hmmm...dengar saja nama Snow White dh terbayang mukanya yang putih melepak tu kan. hehe. Jadi arini sarah nak buat entri pasal Snow White Milky Pack dari Secret Key. Produk ni popular kat Korea. Untuk tau lebih lanjut jom scroll bawah... :)





Swatches!

 


See the different? :) Pastikan bila pakai lotion ni sapu sama rata

Apa yang sarah suka mengenai lotion ni...

1) Cepat menampakkan kesan putih. Perlu tunggu 3min je

2) Bau wangi lotion ni

3) Tekstur yang creamy, senang nak apply

4) Kulit jadi soft je kalau korang rajin pakai dan konsisten

Yang tak suka...

1) Susah nak cuci, kena pakai air suam. Kalau ada water heater senangla. Ataupun kalau x ada water heater, kena cuci dgn air biasa...ambil tuala kecil boleh gosok skit bagi cepat hilang. Jangan risau effect putih x hilang. InsyaAllah. Kalau cuci camtu je memang x bole hilang 100%

Snow White milky pack ni sarah akan pakai kt body je, mcm tangan ke..leher. Muka bole tapi takut kulit sensitif pula. Kalau korang nak cuba juga la pakai kat muka apply nipis dulu

Macam sarah sebelum ni banyak terdedah kat cahaya matahari, penjagaan kulit memang sambil lewa je...jadi tone kulit berubah. InsyaAllah pakai ni ada la perubahan skit. Lagipun ada Vit B, xada paraben, etc. Sangat bagus

Kalau korang pernah tengok makeup gurus international kat youtube pakai produk tanning untuk kulit supaya nak elakkan kulit sunburn. Snow White milky pack ni lebih kurangla. Dan apa saja produk whitening murah hingga ke mahal giler tu tipsnya cuma kena konsisten la pakai. Kalau pakai seminggu sekali mana nak nampak perubahan

Apepun sarah suka produk ni jadi memang teruskan pakai sampai habis. hehe. Sebab kesan putihnya sempurna, x nampak macam misteri je warna kulit korang. huhu. Kalau korang nak beli, bole beli kat...

http://www.supermodel2u.com/Snow-white-whitening-milky-pack-200ml/q?pid=241&doit=order

Belum cuba belum tau k :)

Untuk details...

"Supermodel's Secrets Beauty Store"
SS Gallery: 1st Floor, 41A, Jalan SS 15/4B, Subang Jaya
Website : http://www.supermodel2u.com
Blog    : http://www.supermodels-secrets.com
 
 

 +6016 280 1990 (SMS/Whatsapp)
talk2us@supermodels-secrets.com
  http://www.facebook.com/Supermodel2u


Harga RM69, 200ml. Guna kod MYMY utk diskaun

p/s: This product was sent out to me for a review purpose. This review are my honest opinion

Friday, 27 June 2014

Magic Eyes Instant Eyeshadow

Assalamualaikum n hi readers! Magic Eyes Instant Eyeshadow? Sesuatu yg baru bagi korang? Sama gak dengan sarah. hehe. Bunyi best dan unikkan. Memang best pun sebenarnya. Dengan berapa saat je korang dh dapat bersiap dengan cepat menggunakan magic eyes instant eyeshadow ni. Nak tau mcm mana magic eyes instant eyeshadow dari Supermodel's Secret ni, let's check it out!!!



Only 3 steps

 Tutorial and swatches!



Nampak mcm gilakan. hahaha. Tapi best tau, bila pakai rasa nak buat lagi. Seronok, bersiap pun sekejap je. Bila pakai magic eyes ni...blend apa yg perlu, jgn over blending ye. Lepas tu bersihkan klu ada berterabur skit, pastu pakai eyeliner..mascara siap dh!

Serious klu habis ni InsyaAllah sarah nak beli lagi. Mula2 pakai tangan gigil je, masa slide tu jgn terlebih sangat sampai kt hujung...agak2 tau. Satu lagi perkara yg best pasal magic eyes ni, long lasting! Lama camne pun maintain je eyeshadow tu. Best!

Harga RM29.90. Boleh pilih. RM29.90 ni bukan 1 je tau

Mana nak beli? Klik link bawah...

 http://www.supermodel2u.com/Magic-Eyes-Instant-Eyeshadow/q?pid=22&doit=order

Untuk details...


"Supermodel's Secrets Beauty Store"
SS Gallery: 1st Floor, 41A, Jalan SS 15/4B, Subang Jaya
Website : http://www.supermodel2u.com
Blog    : http://www.supermodels-secrets.com   
+6016 280 1990 (SMS/Whatsapp)
talk2us@supermodels-secrets.com
  http://www.facebook.com/Supermodel2u


Guna kod MYMY utk diskaun

Produk dari Supermodel's Secret best2 tau :)

Pada yg ada instagram follow la sarah...sarah ada update juga kt sana
http://instagram.com/sarahpinkroses

p/s: This product was sent out to me for a review purpose. This review are my honest opinion

Wednesday, 25 June 2014

3D Beauty Blending Blender

Assalamualaikum n hi readers! Sarah nak review 3D beauty blending blender dari Supermodel's Secret yang best ni dan bagi sarah beginner atau yang dah pro pun bole guna. Ok, nak tau macam mana 3D beauty blending blender ni let's check it out!

 
Pink!
Yeah!!! I love pink colour. :)


Terlebih lighting pula. hehehe =_='

Teardrop shape



Ciri-ciri dan apa yang best mengenai 3D beauty blending blender ni:-

1) Span ni mula2 dapat memang korang akan kata nape macam anjal sangat dan x lembut. Ini normal la, bila dah lama2 akan jadi lembut. Tak perlu tunggu lama2 la..next day korang pakai dah lembut

2) Bila guna span macam ni the best way is basahkan span, perah bagi air keluar. jangan perah macam perah baju pula, lembut2 k...be gentle.  Lepas tu baru pakai untuk sapu foundation / bb cream..jenis liquid la

3) Boleh guna untuk sapu bedak tapi span x bole basah la

4) Sebelum buat review sarah dah guna beberapa kali guna sebab nak tengok ketahanan span ni kot2 pecah ke, crack ke..tapi x, walaupun x mahal tapi kualiti bagus

5) Sesuaiii sangat utk bagi yang nak mekap cepat. Pakai span ni zasss...siap! hehe

6) Span ni x 'makan' foundation atau bb cream..korang. Ada sesetengah tu korang rasa dah letak banyak foundation, bb cream ke..sapu2 mana ntah hilang. Tapi seriously span ni x

7) Paling best bila pakai ni nampak natural je muka. Kadang2 bila pakai beruskan nampak tepu. huhu

Overall memang best la. Harga pun murah..hanya RM 9.90. Ya kwn2..hanya RM 9.90. Hmmm, terkezutkan! hehe. Mana nak beli...tengok link dibawah ye 

http://www.supermodel2u.com/3D-Beauty-Blending-Blender-Sponge/q?pid=55&doit=order

Untuk details...

"Supermodel's Secrets Beauty Store"
SS Gallery: 1st Floor, 41A, Jalan SS 15/4B, Subang Jaya
Website : http://www.supermodel2u.com
Blog    : http://www.supermodels-secrets.com
 
+6016 280 1990 (SMS/Whatsapp)
talk2us@supermodels-secrets.com
  http://www.facebook.com/Supermodel2u


Guna kod MYMY untuk dapatkan diskaun apabila korang beli apa2 saja produk dari Supermodel's Secret

p/s: This product was sent out to me for a review purpose. This review are my honest opinion

Tuesday, 24 June 2014

Universal Studio Singapore Part 2

Assalamualaikum n hi readers! Sambung bhgn part 2. Part 1 sarah just story game apa yg ada dan apa yg berlaku. Part 2 sarah akan story psl budjet, souvenir, dan lain2 yg sarah terlupa nk inform. Ok, jommm....





 Comel x? Mix souvenir sarah dan kakak


Bantal Jurassic Park dan Transformers. Wohoo!!! Minat dgn dua2 filem ni

Kalau perhati sarah kurang beli key chain sbb teringin nak beli jenis bantal mcm gambar atas ni. Sebab macam cantik je kan. Beli yg betul2 agak mahal la. Ada juga yg sarah x beli souvenir..souvenir madagascar, betty boop, etc. Yang betty boop ada kt gmbr atas tu akak sarah punya. huhu

Berapa dollar setiap barang ni..meh sarah bagitau......

1) Betty Boop bracelet $16.9
2) Academy Awards (oscar) $19.9

3) Elmo flat pouch $9.9
4) Cookie Monster fury headband $12.9

5) USS Globe Matt $7.9
6) Shrek pen $4.9

7) Shrek S shape with rhinestone $9.9
8) Transformers Autobot shield cushion $29.9

9) Transformers Bumblebee head magnet $8.9
10) Transformers Autobot shield PVC $7.9

11) USS Globe PVC keychain $5.9
12) USS Globe Matt $7.9

13) USS PVC magnet frame $9.9
14) Jurassic Park survived magnet $5.9

15) Jurassic Park logo PVC magnet $4.9
16) Jurassic Park PVC magnet option $3.9
17) Jurassic Park Claw cushion $23.9

Ada beberapa souvenir USS yg sarah x nyatakan harga sbb sendiri confius yg mana satu ntah harga barang ni. hehehe. Ok total utk semua barang termasuk yg sarah x dpt nyatakan...

$217. 8

$217.8 × 2.53 = RM551.03. Ada tempat 2.56, depend la. Pandai2 cari money changer

Ini x termasuk harga makanan, dan air. Kalau korang mkn sana la. Kalau campur hampir RM600 gitu la. Duit tiket RM189. Beli kt agensi 

Kalau korang pegi berdua ke bertiga ke better tukar sekali duit, x rugi. Dah tukar baru agihkan. Sarah tukar RM700 = $276.67. Kalau nak tukar RM1000 = $395.25. Ini kalau dpt yg 2.53 la. Emmmm...murahnya duit Malaysia kan. Sedihhh dik nun oiii. Kalau nak pergi, nak beli souvenir byk2 saving la k

Ok, sarah rasa bahagian budjet, souvenir dh settle. Untuk bhgn game pula...jurassic park, klu korang main yg rapids adventure tu klu takut basah baju korang kena la beli baju hujan yg dijual kt luar pintu masuk rapids adventure. Sebab game ni mmg ada harapan utk kena air. huhu. Mostly xde yg free la. Bagi sarah apa salahnya bg free kot...



Inila baju hujan tu. Mungkin sbb ada cop USS tu kena bayar. =_=

Nasib baik bkn snng nak dtng tmpt camni, emmm..jd bayar je la. Kalau korang sanggup basah x yah beli. Diorang ada sediakan tempat utk keringkan badan tp tu pun kena bayar la

Ok..sarah rasa sampai sini je. Untuk yg nak pergi bercuti kt sini happy holiday!!! Memang best la, x tipu. Berbaloi la masuk wlaupun kena bayar itu ini. Confirm korang masuk mmg teruja habis. Nak cerita habis sampai A-Z x best la kan. Korang pergi sendiri baru tau. K, bye oll's

Monday, 23 June 2014

Universal Studio Singapore Part 1

Assalamualaikum n hi readers! Akhirnya tercapai juga hasrat sarah nak bercuti di Universal Studio Singapore!!! Wohooo!!!. Sarah pergi dgn abang, kakak dan kakak ipar sarah. Masa nak buat plan bukan main susah sbb asalnya nak pergi tahun depan. Tapi rezeki pergi bulan ni dan tahun ni juga. Apa pengalaman yg sarah dapat masa bercuti di USS (Universal Studio Singapore)? Check it out jommm.....



Dapat tengok dgn mata sendiri logo trademark Universal Studio. Selalu duk berangan je tengok org bergambar kt sini. Boleh tgk mcm2 gaya kreatif org bergambar, maklumla masing2 excited termasuk sarah ;)



Hollywood!



New York!

First permainan yg sarah pergi ialah.. Madagascar!!!



Tengah beratur nak naik bot. Nampak je crowded..tapi cepat pergerakan. Masing2 muka teruja nk naik bot. hehe

Next..pergi ke Far Far Away



Kat sini hanya tempat utk main roller coaster far far away. Sebenarnya sarah mmg takut nak naik roller coaster sbb sarah cepat gayat. huhu. Paksa mcm mana sarah tetap x naik. Tapi sbb memandangkan sebelum dtng sini sarah ada tengok youtube mcm mana roller coaster far far away ni, tengok mcm x laju je. Macam x laju la..tapi bila naik dan alami sendiri mmg menggigil satu badan lepas naik roller coaster ni. hahaha. Nasib baik x boleh ambil video..klu x bole rosak telinga dgr sarah menjerit. ;)

Tapi, kalau fikir balik x cuba xtau mcm mana pula kan. Kalau korang dtng sini cubala roller coaster ni. :). Lepas dari naik roller coaster ni sarah masuk kat tempat Shrek utk Shrek 4D Adventure. Tak sempat ambil gambar sbb keadaan agak rushing. Kenapa sarah rushing baca sampai habis ye

Move on to The Lost World! Jurassic Park...Rapids Adventure


Jurassic Park..antara movie fav sarah. Tak dapat digambarkan dgn ayat atau kata2 sbb mmg best rapids adventure ni. Dalam satu bot ni bole naik 9 orang. Naik bot..lalu atas air. Dekat tepi2 tu ada dinosaur. Adoi..susah nk explain la sbb terbaik! Takut explain karang makin merapu. hahaha

Ancient Egypt!




So huge!!! Perghhh! No words to describe. Apa game yg ada dlm ni ialah roller coaster..again! Adoi..sarah mmg dh masuk dalam ni..mmg asalnya tertanya apa ye game dlm ni sbb xtau pada mulanya. Sarah, akak, abang dan kakak ipar masing2 dh panic sbb lain mcm je, mcm ada gaya2 kena naik roller coaster. Last2 mmg betul..roller coaster high speed. Oh tidakkk!!! So, apelagi masing2 dh kecut perut terus keluar. Nasib baik bole keluar klu x habisss. hahaha

Sesiapa yg naik roller coaster ni mmg sarah salute la. hehehe

Finally..Transformers The Ride: The Ultimate 3D Battle


Sci-Fi City

Sarah minat giler dgn transformers. Dan transformers the ride ni mmg best giler. Bagi sarah dlm banyak2 game...transformers paling gempak! Betul2 real 3D. Tapi sarah rasa mcm bkn 3D pn ada, tapi 4D. Sure korang nak naik lagi. Tapi memandangkan x sempat je x dpt naik lagi

Ok, sarah rasa dh cukup. Totally semua ada 5 game:-

1) Madagascar
2) Far far Away
3) The Lost World
4) Ancient Egypt
5) Sci-Fi City

Sarah pergi ke USS ikut agensi. Kalau ikutkan dlm jadual bertolak pukul 7:30 pagi masa hari jumaat lepas. Naik bas sbb ramai pula pergi dlm 38 orang. So x sangka pula dlm banyak2 tu ada kepala sengal, otak xtau kat mana letak sbb x menepati masa (sorry kasar sikit sbb dh tahap geram walaupun dh selesai bercuti)

Sarah nak bagitau la klu ikut agensi kita kena tepati masa dan tolong jangan pentingkan diri sbb ikut kepala sendiri, sesukahati datang lambat orang lain susah. Jawabnya dari bergerak kul 7:30 jadi kul 8:00 lebih. Apakah! Nak berkejar, beratur cop passport dh brapa lama. Masa amat berharga. Dah tau kena berkumpul dan bergerak awal..siapkan makanan awal2. Bawa roti ke, bekal siap2. Bayangkan klu sampai lambat...rugi la. Mujur la dapat main semua game masa tu. Sebab risau juga driver bas tu kata singapore masih cuti sekolah

Tapi, Alhamdulillah mujur x berapa ramai sgt..ramai yg bkn pack mcm sardin. Tapi ramai yg normal la. Sampai je USS jalan laju ..yela sbb nak kejar masa. Tempat luas, masa berharga dh bayar mahal. huhu. Memang rushing la, ada yg sempat ambil gambar ada x

Jadi, nasihat sarah jgn ikut kepala sendiri klu pergi pakai agensi ni. Korang bole bawa bekal skit2, jgn la mcm nak berkelah pula ye. Siapkan bekal awal2. Prepare dh gosok baju semua. Ini sampai lambat menyusahkan semua orang. Lagi satu bila dh duduk kat satu tempat tu maintain je duduk situ, jgn ambil orang punya tempat duduk. Walaupun xde tulis nama ke apa tp sendiri faham

Ok, sarah rasa sampai sini saja. nantikan part 2 pula. Sarah akan bagitau psl souvenir, budjet, dan ada skit nak story..sikit je. InsyaAllah. Anddd..sarah ada juga ambil video. Maybe sarah share kt Insta. Sarah inform klu dh share nnti ye

Maaf klu ayat tunggang terbalik. Sekejap short form jap x. hehe. Nak ZzZzz dulu. Bye oll's
Copyright© All Rights Reserved Sarah In Da Housez!