Assalamualaikum n hi readers! Super heroes DC Comics ni mungkin ada yang pernah dengar ada yang tidak. Super heroes DC Comics ni adalah sebuah butik yang menjual t-shirt, merchandise, bag, topi, macam-macam la. Dekat dalam butik super heroes ni ada cafe juga tau
Butik pertama super heroes yang sarah pergi dekat Little Red Cube, Puteri Harbour Nusajaya Johor. Tak tahu pun ada butik super heroes kat situ, sebab datang situ untuk masuk hello kitty. hehehe. Teruja juga pertama kali tengok butik ni sebab cantik betul dekor butik ni. Singgah la masuk tengok apa yang dijual. Rambang juga mata masa tu walaupun harganya terkezuttt tengok. Tapi serious cantik. Tak beli apa pun masa tu, cuci mata je
Seterusnya butik kedua tak sangka kat tempat sendiri je, Mahkota Parade Melaka. huhu. Ini pun sarah tak tahu yang butik ni wujud kat situ. Dah kali kedua datang kat butik ni apa lagi kena la beli, kebetulan ada sale mana oleh tengok je. ;p. Hasil tangkapan pertama sarah beli dua t-shirt...
Beli di Mahkota Parade
Hasil tangkapan kedua pun beli dekat tempat sama...

Cantik takkk???? Rasa bertuah sangat ternampak Wonder Woman Hello Kitty. Terus grab.hehehe. Kebanyakkan t-shirt batman dan superman yang banyak sarah beli sebab banyak dari dua super heroes ni
Mesti ada yang berkata membazir je beli mahal-mahal. Ala, kadang-kadang ada sale dan promo haruslah beli. Bukan selalu ada. Lagipun rare kumpul t-shirt macam ni. Mungkin akan berterusan hobi ni. Maaf sebab sarah terlupa ambil gambar setiap kali masuk butik ni. Dah beli terus keluar. Adoiii
Ok, kalau korang nak tahu mana cawangan super heroes ni, ni sarah share dekat korang mana lokasinya. Nanti boleh cuci mata, kalau berkenan nanti boleh beli
Ini sarah ambil dekat website DC Comics. Macam tak berapa update lokasi ni. Sebab rasanya ada satu kat KK Sabah, Imago Mall. Tempat lain tak pasti.
Ok semua, ini sahaja. Next entri akan menyusul. Byeee~
No comments:
Post a Comment