Wednesday, 11 December 2013

CCM Tapered Crease Blender

Assalamualaikum n hi readers! Pertama sekali, sarah sangat teruja bila dapat email dari Colours Cosmetics Malaysia pada bulan lalu yang Colours Cosmetics Malaysia atau singkatannya CCM nak bagi berus percuma kat sarah utk buat review. Alhamdulillah

Pertama kali sarah dapat invitation macam ni, maksudnya invitation untuk buat review pasal berus la. So, sangat berterima kasih pada pihak CCM sbb percaya dan yakin kat sarah. :)

Jom kawan2 tengok macam mana berusnya...

Tadaaa!!!






Berus ni sangatla best. Sarah cakap cmni bukan sebab dapat free. Tapi sebab mmg kenyataan dah yang berus ni memang best!. Jom baca apa pros and cons pasal berus ni

Pros

- Picks up pigment well. Maksudnya berus ni x 'makan' eyeshadow. Sarah ada berus yang 'makan' eyeshadow. Sungguh2 je tonyoh berus ni kt eyeshadow tapi macam x lekat je kt bulu berus. Bila nak sapu kt mata keluar sikit je warna / eyeshadow tu. Sakit hati betul. Tapi berus ni x. Banyak mana korang picks up eyeshadow tu, bulat2 keluar mcm tu juga bila sapu kt mata

- Blends well. Berus ni mmg terbaik untuk blend eyeshadow. Pada bahagian crease atau outer V. Nak sapu eyeshadow pada bahagian outer V pun dh senang sekarang. Bulu berus ni pun soft je walaupun sintetik. Tak sakitkan mata pun

- Sangat soft. Macam sarah mention kt atas ni. Bulu berus ni lembut. Seriously!. Tak rasa tajam langsung, sangat gentle. Tonyoh camne pun ok je

Cons

- Sarah rasa cons cuma pada harga. Mungkin la ada x setuju harga utk sebatang RM35. Tapi kalau boleh beli kosmetik mahal, handbag mahal. Tentu berus harga mcm ni lepas punya. Sebenarnya memilih berus yang mahal tu patut sebab berbaloi. Bole pakai untuk jangka masa panjang. Berus bukan ada tarikh luput mcm kosmetik. Betul x? Tak mudah rosak. Lagi satu dah pasti memang best berus ni

Mungkin ada menganggap sarah ni cakap mcm ni sebab nak bagi laku berus ni. Tapi bukan ye, salah tanggapan tu. Sebab pada yang dh guna berus ni memang kata best. Bukan sarah sorang je cakap cmni.

Jadi apelagi, cepat2 beli berus ni nanti habis stok pula. Mana nak beli?

Klik laman web di bawah ni...


http://www.colourscosmeticsmalaysia.com

Lepas buka link korang kena register..macam mana?



Boleh klik pada button continue yang sarah petakkan dgn warna merah tu. Pastu isi form utk register

Cara kedua klu ada Facebook. Log in guna akaun facebook je



Dah log in..klik pada brand cari brand Colours Cosmetics



Dah klik keluar la produk dari CCM


Dekat blog sarah, sidebar belah kanan ada banner Colours Cosmetics Malaysia. Klik je kat situ pun bole

Ok, harap korang puas hati dgn penerangan ni. Kalau nak beli cepat2 tau nanti habis. Jangan risau berbaloi beli. Price RM35

Bye oll's and thanks Colours Cosmetics Malaysia. =)






















































































































4 comments:

Puteri Panda said...

Wah! Bestnya dapat berus free. Alhamdulillah, rezeki Sarah. Memang Sarah nak kumpul berus kan? Ya, harga tu yg spoil tapi kalau berus tu berbaloi dgn harga rasanya harga RM35 tu tak jadi masalah. Nice review, Sarah. Lepas ni update lagi tau. Rindu nak baca blog Sarah. :)

Alyaliza Zainal said...

wah bestnya dia dpt berus free...

Sarah Harun said...

@Puteri Panda..tu la. Alhamdulillah puteri. slalu tgk orang dpt barang free. sarah berangan je bila ntah nk dpt cmtu. last dpt juga. walaupun x byk mcm blogger lin dpt. Syukur ada yg percaya kt sarah. yela, kdng2 ada yg pilih pada populariti blogger. btl, sarah rasa xde masalah pada harga. sbb bole pakai lama. Thanks puteri. InsyaAllah. =)

Sarah Harun said...

@Alyaliza Zainal..Alhamdulillah Alyaliza. Syukur sgt2. =)

Copyright© All Rights Reserved Sarah In Da Housez!