Monday 29 December 2014

Peripera Frozen

Assalamualaikum, hi readers! Kira-kira lebih kurang 2 bulan lebih lalu rasanya, Peripera melancarkan produk terbaru iaitu Peripera Frozen. Sarah adalah peminat frozen, apelagi rasa excited tu dah tahap maksimum dah. Hati dah melonjak keriangan. huhu

Lagi pula tak silap sarah peripera frozen ni limited edittion tau. Sarah harap sangat peripera frozen ni permanent. Senang boleh beli bila2 je. Ok, jom tengok sarah beli ape

Peripera Frozen Tap Tap 3 Eyes Eyeshadow




Sarah beli Elsa punya eyeshadow sebab minat sangat2 dengan warnanya. Bole la feeling elsa skit. hehe

 Swatches


 Princess Elsa Inspired Makeup :)



Tak berapa nak elsa sangat la. hahaha

Peripera Frozen Wholly Deep Auto Liner (Black)



Cantikkan pencil eyeliner ni, satu2nya eyeliner yang paling cantik sarah ada. ;p. Tekstur eyeliner ni creamy dan sangat hitam..hitam pekat likat. huhu. Eyeliner ni ada skali macam smudge sponge, so korang boleh smudge untuk buat smokey eyes atau untuk blurkan skit eyeliner tu

Swatches


Eyeliner ni ada glitter. Memang long lasting, dan waterproof eyeliner ni. Nak remove eyeliner ni pakai ape pun boleh, tapi lagi better pakai makeup remover yang jenis oil / water based. Makeup remover jenis tissue pun ok

Mostly produk ni berkonsep glitter. Tapi glitter bukan jenis glam, mengerlip sangat tu. Memadai la berkilat tu, tak over. Lepas ni sarah tak sure nak beli ape, tapi sarah nak try powder pula. :)

Siapa peminat frozen tu cepat2 la beli sebelum produk2 ni x dijual lagi. Peripera frozen ni bole dapat kat Watson je. Kalau kata korang pegi booth dah habis stok, boleh beli online. Klik link bawah...

www.in2face.com

Boleh la tengok2 harga. Tengok skali harga produk2 yang sarah beli kata atas ni, sebab sarah lupa harga. hahaha

Tataaa~ ;p

2 comments:

Mieza Everdeen said...

cantiknya makeup look yang Sarah buat ^_^

Puteri Panda said...

Sarah makeup cantik. Sama macam makeup Elsa. ;)

Copyright© All Rights Reserved Sarah In Da Housez!