Tuesday, 14 April 2015

Mickey Mini Portable Washing Machine

Assalamualaikum n hi readers! Cute tak mesin basuh ni? Haaa!!! Ini adalah mesin basuh mini. Mesin basuh ni tak silap sarah dari company Little Duck. Ok, kalau nak tau lebih lanjut..jom baca info selanjutnya kat bawah okeyyy...



Spoil pula keadaan bakul spin dalam tu. Abaikan ye


Apa yang ada dalam mesin ni ialah bakul spin dan penutupnya, pipe untuk masukkan air dalam mesin dan guide book. Guide book tu tak payah baca pun tak apa, bukan faham pun sebab bahasa cina. wakaka

Mesti korang tertanyakan pic paling atas ni bakul spin tunggang langgang. Pic second ni elok pula bakulnya.haha. Sebenanrnya ada pic yang sarah ambil lain2 hari. Sebab bila cek balik pic yang snap tu ada yang senget, ada yang blur la..bla..bla


Tulisan sebenar semua dalam bahasa cina. Jadi sarah translate untuk korang. Cewah! translate la sangat padahal seller yang bagitau. hahaha



Plug jenis AU. Biasanya ni plug luar negara pakai. Jadi kat sini susah skit nak dapat plug yang sesuai


Kena guna multipurpose plug baru bole. Jenis macam sarah pakai ni memang susah nak jumpa dah. Atau korang ada jenis lain, ok je. Janji bole masuk plug. Tengok siap tunjuk lagi plug apa sesuai.kikiki. :p

Ciri-ciri mesin

Panjang wayar - 131 cm
Power - 220V , 350W
Plastic body
Transparent case
Portable handle
Semi Auto


Apa size mesin ni?

Tinggi daripada baldi

Berapa helai baju boleh basuh?

5-7 helai baju dewasa
Jeans atau jaket dalam 2 helai
Tuala 2 helai
20 helai baju baby
20 helai pakaian dalam

Bole spin tak?


Of course bole

Guna bateri ke eletrik?

Elektrik

Kenapa semi auto?


1)
Bila nak basuh kena bawa keluar bakul spin tu

2) Bila nak spin kena bawa masuk bakul spin tu balik

3) Bila nak buang air kotoran je baru bawa turun salur paip tu. Kalau bawa turun salur paip masa mesin tengah mencuci alamatnya keluar la air tu. hanya nak spin je baru bawa turun salur paip tu

Sebenarnya kadang2 lebih dari tu pun bole masuk macam pakaian dalam, baju baby dengan baju dewasa. Tapi kalau bole tolong jangan padat sangat. Tuala, jeans, dengan jaket jenis yang tebal2 tu sarah rasa dalam 2 helai bole la, cuma spin kena one by one. Macam baju pula nak spin tu first round spin dulu dalam 3-4 helai. Baju nipis bole masuk lebih helai skit. Tapi spinnya x berapa kering sangatla, bukanla tak berapa kering maksudnya air tu masih meleleh..bukan, silap tu. Macam lembab gitu je

Tapi senang la keje bila ada mesin ni, macam pakaian dalam tu tak payah nak basuh tangan dah. Baju baby pun senang nak basuh, tak campur aduk dah dengan baju dewasa. Memang tak bole campur pun kan.huhu. Siapa yang duduk rumah sewa ke, duduk bujang tu sesuai ada mesin ni. Nak bawa kemana-mana pun senang, nama pun portable (mudah alih). :). Haishhh napela masa duduk rumah sewa dulu tak ada benda ni. benciiiiii

Price RM219. Termasuk postage tu. Kalau nak tau ukuran korang tengok sendiri kat insta JGN_TGK_BAHAYA ni https://instagram.com/p/xTH4i8zf2A/

Bole tengok video mesin ni kat instagram sarah @sarahpinkroses

Sarah ni tak sudah review barang dari ig jgn tgk bahaya. Ini bukan review berbayar atau sponsor tau. hehe. Beli sendiri maaaa!!! Ok, selamat tengok mesin yang comel ni ye. Byeee













8 comments:

Mar Mansor said...

cutenya..boleh bawa ke mana2

Illy Ariffin said...

comel nye!! suka la bole buat basuh baju baby :)

kedaionlinemy said...

memang terbaik mesin basuh ni,, saya suka :-)

boleh juga datang ke website jualan sah kami ya :-)

-------->>>>> www.kedaionlinemy.com

kedai murah said...


boleh saya dropship brg cik ker?

datang juga kedai saya ya ------>>> kedaionlinemy.com

Sarah Harun said...

@Illy Ariffin kan. memang sesuai kalau nak basuh baju baby. lagipun mmg x elok kan campur dgn baju dewasa.

Sarah Harun said...

@kedai murah dropship?

kedaionlinemy said...

mesin basuh ni terbaik... ada jual disini --- www.kedaionlinemy.com

harga pun murah terbaik

kedai mesin basuh mini said...

klau harga dropship berapa ni cik?

Copyright© All Rights Reserved Sarah In Da Housez!