Assalamualaikum n hi readers! Asyik post entri pasal mekap je, kali ni
nak buat review selain mekap pula la iaitu pasal mug. Haaaa!!! Ni bukan
sebarang mug, tapi mug ni macam blender dimana korang tak perlu
menggunakan sudu dah untuk bancuh air. Menarik tak??? Jom tengok
camne....
Bole buat sup lagi tu tau. Tapi sarah tak cuba lagi
Mug ni besar. Dekat pemegang tu ada button kuning, korang kena tekan button tu untuk stir
Macam blenderkan. Tapi bukan tajam pun. Ini la yang membuatkan air tu bole berputar
Perlukan 2x bateri AAA. Ini kat bahagian base, korang kena buka penutupnya dulu baru bole isi bateri. Ada tunjuk kat penutup tu belah mana nak open, close
Cara menggunakannya:-
- Kena bubuh air panas dulu, pastu baru la korang bole bubuh serbuk nescafe ke, milo..etc.Uncang teh pun bole, cuma sarah tak cuba lagi. Kalau uncang teh tu better jangan yang ada tangkai / label. Kalau tak macam mana nak stir kalau tergantung teh tu. Biasa kalau ada tangkai tu sarah cabut je label teh tu
Sarah ada demo kat instagram. Kalau nak tengok sila klik link bawah ni atau kat right sidebar ada instagram sarah. Tengok kat hp better skit
https://instagram.com/p/1KNzRWkiZt/
Dah seminggu lebih sarah guna tak ada apa masalah. Sarah tau setakat seminggu bukan tempoh yang cukup untuk tengok rosak ke tak, ketahanan tu macam mana. Tapi ada juga produk yang tak sampai seminggu dah rosak. Satu je, jangan bagi jatuh mug ni. Tapi kadang2 tak sengajakan, kalau bole hati-hati kalau guna ni. :)
Biasa kalau guna mug ni, kalau bancuh air panas jangan bancuh air sejuk. Kalau panas, panas je. Mug ni sesuai sangat bawa pergi travel, bawa pergi kerja memang ok sangat la. hehe. Sekarang sarah nak bancuh apa pun senang. Nanti korang tak perlu la bawa sudu dah, bole campak sudu tu. Tak la, gurau je (gurau la sangatkan) ;p
Ada orang kata teknologi sekarang membuatkan manusia jadi pemalas? Ala, setakat mug ni tak perlu kata macam tu. huhu. Lain la kalau ada robot yang tolong bancuh. Ini still kena tekan button. Ini namanya memudahkan, bukan malas. Ah! Lantakla pemalas ke apa. hahaha.
Mug ni harga RM30 include postage. Apepun tanya owner shop ni sendiri. nanti memandai pula sarah bagi info. huhu
Link online shop klik kat bawah ni tau..
https://instagram.com/jgn_tgk_bahaya/
Nama shop tu JGN_TGK_BAHAYA. Memang bahaya pun, sebab nak beli lagi nanti. hehehe. Jangan marah tau. Ok la, bye oll's. Ada lagi 2 barang dari shop yang sama. nantikan review. :)
No comments:
Post a Comment