Saturday, 22 August 2015

Penang 3D Trick Art Museum

Assalamualaikum n hi readers! Jumaat lalu sarah jalan-jalan kat Penang. Tujuan utama nak pergi muzium 3D kat sana. Ingatkan cuma kat penang je, berlambak rupanya kat tempat lain. muahahaha. Ini bukan tertingal keretapi, tapi kapal terbang dah. :p.

Sarah sebenarnya masa khamis lepas dah sampai Kedah. Pada esoknya, hari jumaat tu baru bertolak ke Penang. Ok, jom check it out perjalanan sarah ke sana....



Naik Air Asia pergi Kedah. Agak nervous juga lepas 4 tahun tak naik sejak macam-macam kejadian pasal kapal terbang berlaku. Tapi Alhamdulillah selamat sampai Kedah juga. Apapun semput aku berjalan.huhu

Setibanya di Kedah, tak tidur hotel pun. Stay rumah kakak kat sana. Sampai pun malam dah, jadi tak berjalan mana hanya pergi makan je. Sampai rumah kakak, mandi..lepak,sembang2..tidur.hehehe. Esok pagi nak gerak pergi Penang lak



Dalam feri. ^_^. Sarah lupa harga tambang feri sebab orang sponsor. kikikiki. Korang google sendiri ye





Jambatan Pulau Pinang



Dah nak sampai dah Penang



Arca Pulau Pinang. Harusla ambil menandakan dah sampai. :)

Muzium 3D pulak..



Pic source: www.penang-traveltips.com

Sendiri lupa nak snap pic muzium ni. Lokasi muzium ni lepas korang turun dari feri, jalan depan skit akan nampak satu deret kedai, kat situ pun korang akan nampak ada muzium 3D yang first. Lokasi muzium yang sarah pergi ni belakang deret kedai muzium 3D yang first tu. Harap korang faham la, sarah sendiri pun pening. hahahaha

Bayaran masuk Adult RM15. Warga emas RM10 je kot. Budak-budak 3 tahun kebawah rasanya free. Umur budak 3 tahun keatas RM10 juga. Ok, sekarang mari la tengok sebahagian dari gambar sarah sepanjang dalam muzium ni...




Real takkkk??? Sarah takut ular. Geli rasanya nak duduk dalam mulut ular tu. Ngeriii~



Alice in Wonderland. Me in orange blouse. Hehehe. Sarah jadi kecil. Tile flooring tu nampak sama rata. Tapi sorang bole jadi besar, sorang kecil. Memang amazing la. ^_^



Haha. Nasib baik tak ada buah kelapa (faham2 je la). Ngeee~



kahkahkah. The Ring pun ada. Abang ipar muka tenang je tarik rambut hantu. Nak bawa pegi saloon potong rambut, tapi degil benda alah ni. muahahaha. :p



Nak bawa E.T pegi beli jeruk. Menyesal ajak, last2 dia suruh kita bawa basikal. ;p



Tiket

Kalau rajin layarila laman web kat tiket tu. So far best juga la muzium 3D ni, banyak je lagi cuma sarah sampai tak larat nak posing kat semua wall art je. Ada rezeki lebih nanti nak pergi muzium 3D yang lain juga. Dekat tempat tinggal sendiri, kat Melaka pun tak pergi lagi. Mengikut kata pekerja muzium ni ada 4 muzium 3D kat Penang ni. Kalau dapat pergi semua korang rare la.huhuhu (mari berhuhu)

Sorry kalau penerangan sarah tak padat sangat. Pergi sana pun perjalanan tak smooth sangat, pergi pun tak bole balik lewat maklumla ada agenda lain. Next time memang plan nak fully jalan2 kat Penang lagi

Ok, ini saja u oll's. Bye~. :)

No comments:

Copyright© All Rights Reserved Sarah In Da Housez!