Sunday, 23 August 2015

Sephora Queensbay Mall

Assalamualaikum n hi readers! Selepas pergi muzium 3D Penang, singgah Queensbay Mall pula. Ingatkan ada BBW rupanya tak ada. Last tuju Sephora juga la. Sephora pun sephora la. Tak shopping sakan pun. Apa yang sarah beli....



3 benda je beli. Masker Pomegranate, Sephora perfume 7ml, dengan Soap and Glory Clean On Me. Yang 3 paket kecil tu free samples

Masker tu akak sarah suggest sebab dia guna ok. Sarah pun tak nafikan memang best guna. Yang penting kulit tak melekit. Sebab masker topeng ni senang pakai, tapi senang juga rasa tak selesa kalau dapat masker yang tak bagus



Dalam box ni ada 5 paket. Jenis topeng, bukan gel

Perfume sephora tu bau strawberry. Walaupun 7ml tapi harga RM25. hoho. Jangan main-main. Mahal!. Nasib wangi

Soap and Glory Clean On Me tu memang all time favorite. Harga RM46 untuk 500ml. Hmmm, mesti ingat sarah ni taste tinggi, berlagak pakai shower mahal. Jangan cepat judge, mahal tapi sarah berani cakap tahan 4 bulan bole pakai sebab tekstur shower ni pekat. Sekali mandi dalam 2 pump dah cukup. Kalau korang pakai loofah (klik word loofah kalau nak tahu) 1 pump dah memadai. Bau harum badan korang tak payah cakap la. Wangi gilerrr! Baunya tak terlalu sweet, ada bau buah citrus mandarin

Sarah beli 3 barang, lepas tu SA tu kata kalau beli 3 dapat free gift macam kat pic bawah ni



Bole la dari tak bagi langsung. Tapi kalau bole next time jangan la kedekut sangat bagi sample, sikit sangat ni. =_=


Queensbay Mall penang ni besar tapi tak dapat nak pusing habis dalam mall ni. Hmmm, at least sephora mengubat hati. :p. Walaupun melayang $$$ ku. hahaha. Tapi u oll's sorry takde pic sephora queensbay. ;(

Ok, that's all. Until next time..bye
(merepek je speaking. =_=')


3 comments:

Dunia Mommy Comel said...

hi.. salam kenalan jemput singgah ke page sy bila free ya

http://comot-pink.blogspot.com/2015/08/teknik-contouring-dan-highlight-by-sdtkc.html

Unknown said...

soap n glory tu wangi yek??nanti nak try jugakla.. hehe..

Puteri Panda said...

Soap & Glory body wash best. 2 pump dah cukup. Peduli la apa orang nak kata pakai sabun mahal ke apa ke. Yg penting happy. Mahal pun tahan berbulan. So, berbaloi. Kalau sy suka Clean, Girls. Dulu RM29 500ml tapi sekarang dah RM49. Tak tahu kenapa naik. Mungkin dulu beli time sale atau lain Sephora, lain harga (macam betul je). Sy ada beli Sephora mask tu tp belum guna. Harap sesuai dgn sy. Bagus la dpt 3 free gift w/pun cuma sample. Yg sy ni langsung tak dapat. Haha. Mungkin sebab beli 2 barang je kot. Sephora kat luar negara customer beli 1 barang pun boleh dapat banyak free gift. Kat sini? Krikk krikk krikk...

Copyright© All Rights Reserved Sarah In Da Housez!