Wednesday 28 September 2016

Cara tunaikan wang google adsense melalui western union

Assalamualaikum n hi readers! Hari ini sarah nak ajar macam mana cara untuk tunaikan wang google adsense melalui western union. Ini bagi yang dah ada akaun google adsense. Seumur hidup sarah memang tak pernah menggunakan perkhidmatan western union. Tak tahu pun western union tu apa. Jadi, bila nak keluarkan duit google adsense ni dapatlah sarah satu pengalaman baru


Sebelum cerita pasal apa itu western union. Sarah nak terangkan sikit je apa itu google adsense. Google adsense adalah satu perkhidmatan pengiklanan. Iklan-iklan ni korang boleh letak dekat blog atau youtube. Sebenarnya bukan terhad pada blog je. Kalau korang ada youtube pun boleh je letak iklan

Kalau korang nak tahu bila wang google adsense ni layak untuk ditunaikan apabila akaun balance dah lebih dari $100 keatas. Tapi sebelum tu kena tunggu nombor pin sampai kat alamat rumah dulu, google akan pos. Ambil masa beberapa hari juga. Bila dah terima nombor pin dari google, ada masa free.. sign in dekat akaun google adsense untuk aktifkan payment. Sebab kalau tak ada nombor pin tak boleh tuntut payment nanti. Kena alert lepas dapat nombor pin kalau tak aktifkan dekat akaun google adsense selama 4 bulan, iklan akan dihentikan


Ini la rupa surat dari google adsense yang korang akan dapat. Dalam ada nombor pin



Ok, untuk western union pula. Western union ni adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran dan penerimaan wang dari serata dunia. Agent western union pula yang sarah tahu macam public bank, bsn, bank rakyat, dan pejabat pos. Bank lain tak pasti. Bila dah boleh cash out nanti, bole pergi terus dekat agent western union. Apa yang paling penting bila korang sampai je mana-mana bank atau pejabat pos. Sila tanya staff kat situ dulu yang line western union ok tak. Kadang-kadang korang dah mereput tunggu, tiba giliran line tak ok. Membazir masa, hati pun panas. ;p.

Bila line ok. Baru la ambil nombor dan tunggu giliran anda. Kalau diorang suruh ambil borang dulu, ambil la dan isi. Ada sesetengah tempat suruh isi dekat kaunter tu juga. Sekarang borang penerimaan tak disediakan dekat rak. Mungkin tak disediakan sebab tak ramai yang gunakan perkhidmatan western union ni. Sama ada korang kena minta, atau bila tiba nombor giliran baru disuruh isi. Sarah pergi ke pejabat pos setelah pergi dekat bank bsn dan public bank asyik tak ada line je. Mujur pejabat pos tak jauh, terus menuju ke situ. Malas nak buang masa dah tanya bank lain

Sampai je pejabat pos terus tanya line, Alhamdulillah line ok. Walaupun sesak dalam tu tapi kena la sabar nak ambil duit sendiri.hehehe. Tiba giliran, sarah terus cakap "saya nak buat urusan terima duit dari western union".  Kena cakap terima duit tau, nanti staff tu ingat nak hantar duit. Korang akan ditanya dengan beberapa soalan lebih-lebih lagi kalau nilai yang korang dapat tu tinggi. Jadi berdoa supaya diberi kesabaran yang tinggi. huhuhu. Ada juga yang tak cerewet, bergantung pada tempat masing-masing la


Sila print payment receipt ni sebab ada nombor Western Union MTCN untuk pihak bank atau pejabat pos trace. Jangan salin pula segala details korang dekat kertas lain, lepas tu tinggal resit dekat rumah. No..no..no

Mana nak dapat payment receipt ni?....



Sign in dekat google adsense. Ikut arahan macam dalam gambar diatas. Banyak sangat ayat "klik".hehehe. Dekat desciption tu kalau status korang tu macam ni "Status : Issued". Itu bermakna korang tak pergi tuntut lagi duit tu. Kalau dah tuntut status bertukar jadi "Paid"

Oohh.. jangan lupa photostat IC ye. Jadi 2 benda yang korang kena bawa :-

1. Payment receipt
2. Salinan IC

Lepas tu bila free pegi la mana-mana agent western union. Tak silap sarah dalam tempoh 60 hari kalau tak tuntut duit, akan dikumpul bawa ke bulan seterusnya. Cuma jangan simpan terlampau banyak baki sebab google akan "banned" duit tu



Sarah tak pasti semua borang ada soalan ujian atau tak. Kalau ada, tak perlu isi sebab google tak ada bagi pun. So, don't worry ok. Nilai matawang atau exchange rate diambil kira masa korang dapat duit mula-mula tu. Jadi kena ingat tu, sentiasa cek berapa exchange rate

Ok la, sarah rasa ini sahaja yang sarah nak share. Kalau ada keliru mana-mana boleh je tanya. :)

4 comments:

Anonymous said...

duit tu ambik kat pjb pos ke kat bank?

Sarah said...

@Anonymous hi, mana2 pun bole. tapi lebih mudah kat pjbt pos. bank ni cerewet skit. :)

Anonymous said...

@Sarah Harun ohh..lepas isi borang trus bgi kat kaunter...trus bgi duit?

Sarah said...

@Anonymous klu dah lengkap isi borang, nanti ada la pertanyaan skit..contohnya staff pjbt pos tu akan tanya kita camne bole dpt duit ni. lepas tu klu bole masa hari nak pegi tebus duit tu, google matawang terkini berapa (USD). Convert siap2 dlm RM. nnti senang. biasa x dapat bulat2 la nilai duit yg dh convert tu sbb kena cas dlm rm5 camtu la. tp tengok pjbt pos juga la. x semua cas camtu rasanya. lepas dh settle semua baru diorang proses duit kita tu

Copyright© All Rights Reserved Sarah In Da Housez!