Monday, 23 February 2015

FAQ & NOTICE

Assalamualaikum n hi readers! Sarah dah lama fikir nak buat entri FAQ. So, hari ini sarah nk buat untuk menjawab segala pertanyaan yang sarah terima samaada dari email atau blog :)

Soalan-soalan berikut...

Kenapa email sarah nama elianto2323?

Soalan ni ada beberapa la orang tanya kat sarah. So, jawapannya elianto tu sebab first kosmetik sarah pakai. Sarah rasa tak ada masalahkan nak guna nama elianto tu. Sebab sarah bukan jenis suka pakai nama merepek2. Angka 23 tu melambangkan waktu umur tu sarah register email. Tak ada kena mengena sarah kerja kat butik elianto ke apa. hahahaha

Online shop yang ada kat blog ni sarah ke pemilik / penjualnya?

Maksudnya banner2 online shop yang sarah iklankan kat right sidebar blog sarah


Ni soalan paling famous sarah dapat. Memang kelakar habis. Sampai ada inbox kat FB tanya ada jual tak shampoo, etc. hahahahahaha. Adoi, lawak la. Sabar je la

Masalahnya yang sarah tak faham dah tentu sarah tak jual sebab kat blog sarah tak ada letak account no sarah ke apa. Tak ada pun kat blog sarah kata sarah jual ini, sarah jual itu...kalau nak order email atau PM. Tak ada pun. Dan kalau sarah seller online, setiap hari sarah promote barang yang sarah jual kat blog. Kalau tak ada maknanya sarah bukan la penjual. Kadang-kadang dah siap letak link online shop tu tapi still kata sarah jual ke. Mohon rajin membaca sampai habis, belek habis-habisan. Ini la akibat MALAS nak membaca atau saja je tak ada keje nak kacau orang

Ingat! Banner-banner yang ada cuma tujuan advertising je, sarah sharing dengan korang trusted online shop. InsyaAllah sarah akan share lagi online shop yang best2. :)

Sis / dear is this available? Price pls? bla..bla..blaaaaa!!!!

Soalan-soalan ni pun ada kaitan macam soalan atas ni, lebih kurang maksudnya. Tapi jenis orang macam ni tiba-tiba direct tanya. Tak faham betul la. Yang sarah pun terpinga la tiba-tiba 'PM price pls?' 'Is this available?'. Apa kes? Cewah! garang pula. hehe. Bukan nak sombong. Tapi biar la logik sikit pertanyaan tu. Sarah bukan penjual. Kalau sarah yang jual, bila sarah bagi penerangan produk sarah akan sertakan no whatsapp sarah ke, atau email sarah untuk order. Sarah akan nyatakan berapa produk yang masih available. Tapi tak ada kan. Jadi? Tak faham2 lagi. Waaaaa~ nangis. Letih betul la. :(

Sis, ada email tak?

Most ridiculous question!!! Tanya email kat sarah, tapi yang dia email kat sarah tu bukan ke dia dah tau email sarah apa. krik..krik...krik (bunyi cengkerik). hahahahahahahahaha. Kadang-kadang bila tak jawab pertanyaan kata sombong, ala perasan dah la blogger suam-suam kuku. Tapi bila asyik tanya yang tak logik memang sakit hati la. Orang macam ni takde life kot. Keje nak prank orang je

Berapa cas kalau suruh buat review?

Ok, ni soalan serious pula. :p. Sebenarnya sarah tak ready lagi untuk terima apa-apa review berbayar. InsyaAllah nanti la, belum sesuai lagi. Kalau sarah rasa nak buat review berbayar sarah maklumkan kat blog.

Buat masa ni sarah hanya terima gift la, kalau ada yang minta sarah review produk sarah buat. Jangan pandang rendah tau kat blogger yang tak ada followers beribu2. Tak semestinya blogger tu bilangan followers rendah, tak ada rezeki atau luck bila bagi gift kat dia. (sesi sentap jap.hahaha). Yela, biasa orang akan pandang rendah kat blogger yang less followers. :(

Okey, sarah rasa ini je soalan yang agak famous la. hehe. Jangan salah sangka kata sombong ke apa. Cuba kena kat diri sendiri. Haaaa, camne? :)

NOTICE

Ok, ni ada notice sarah nak bagitau. Blog sarah pic 99% banyak hilang. So, sarah dalam proses nak kemaskini blog, cari pic yang hilang tu balik. Sarah minta maaf menyusahkan korang nak baca entri yang pic hilang. Sarah nak private blog tapi tak perlu la rasanya. Boleh kemaskini perlahan2

Ok, itu je. Bye oll's



3 comments:

Achik Adawiyah said...

part gambar hilang tu paling sedih. recover soon sarah ! ^^

Puteri Panda said...

haha... soalan merepek byk kena tya. kena la jawab. hehe..

António Jesus Batalha said...

Ao passar pela net encontrei seu blog, estive a ver e ler alguma postagens
é um bom blog, daqueles que gostamos de visitar, e ficar mais um pouco.
Tenho um blog, Peregrino E servo, se desejar fazer uma visita.
Ficarei radiante se desejar fazer parte dos meus amigos virtuais, saiba que sempre retribuo seguido
também o seu blog. Minhas saudações.
António Batalha.
http://peregrinoeservoantoniobatalha.blogspot.pt/
Peregrino E Servo.

Copyright© All Rights Reserved Sarah In Da Housez!