Sunday, 1 February 2015

Victoria Secret Johor Premium Outlet

Assalamualaikum n hi readers! Masa jalan-jalan di Johor, sarah ada singgah Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Kulaijaya Johor Bahru. Hari yang sama masa pegi sephora, Selalu kalau lalu highway cuma dapat pandang dari jauh je, asyik tertanya apa yang menarik sebab ramai je. Bila ada masa apelagi singgah JPO jap la

Lagi pula akak sarah kata victoria secret pun ada, membuak-buak la perasaan teruja tu. haha. Bila sampai kat JPO memang macam2 ada, mostly yang branded la macam Coach, Michael Kors, Burberry, etc. Masa sarah pegi ni memang ramai orang sebab christmas sale. Tapi, sarah tak pandang kedai lain dah, teringat victoria secret je. hehe

So ini kedainya, tak besar sangat. Yang penting sale 70%. Walaupun bukan untuk semua produk tapi ok la tu


Ape yang sarah beli...


Masa tu ada promosi untuk body mist beli 3 botol dapat RM135. Dua botol lagi hadiah orang, jadi sarah punya hanya pure seduction dengan eyelash curler je

Eyelash curler pun ada sale dari RM52 tinggal RM15.60. Tu dia!!! tersangat banyak beza harga tu. Bila sarah cuba pakai tak selesa pula, terlampau besar. Mungkin size mata mat salleh kot, bukan untuk asia maybe. Pure seduction memang sarah ambik terus je, tak berfikir panjang sebab kat online pun susah nak dapat beli.hehe

Apepun JPO memang cantik tempatnya. Kalau ada rezeki boleh singgah lagi :)

4 comments:

Puteri Panda said...

bestnya! nanti nak pegi sana la. hehe

Sarah Harun said...

@Puteri Panda..harus. haha. tapi get ready, boleh rambang mata..duit pun rabak. :p

Unknown said...

Dekat sana ada kedai sephora tak?

Sarah Harun said...

@Unknown maaf ye lambat sangat reply. lama x aktif. sana tak ada sephora. hanya ada dekat komtar

Copyright© All Rights Reserved Sarah In Da Housez!