Tuesday, 24 November 2015

78 color make up palette (Coastal Scents)

Assalamualaikum n hi readers! Sarah nak kongsi satu makeup palette yang lengkap dari eyeshadow, lipstick hingga ke blusher. Make up palette ni namanya 78 color make up palette. Jom tengok macam mana make up palette ni...



Packaging. Jangan risau kalau takut pecah eyeshadow. Sebab ada bubble wrap



Make up palette ni ada 3 variasi warna yang berlainan ikut citarasa korang nak warna mana. Yang sarah punya ni #3

Kalau tak faham apa yang sarah maksudkan klik link ni:- http://www.supermodel2u.com/

Korang boleh tengok sekali harga dan kalau berminat boleh order terus

Swatches





Pic no 1 dan 2 tu eyeshadow. Sarah tak tunjuk semua la, jenuh nanti. hehe. Tapi not bad la kualiti. Ok la terang juga. Untuk pengetahuan sarah tak apply primer ke apa untuk bagi nampak terang. Pic no 3 pula tu lipstick dan no 4 tu blusher

So far make up palette ni memang sesuai untuk beginner yang baru nak berjinak dalam dunia make up. Ada orang takut nak beli mahal2 untuk pertama kali. Jadi sarah rasa jenis make up palette macam ini memang sesuai, boleh cuba semua dari eyeshadow hingga blusher

Bukan saja boleh pakai untuk hari-hari biasa atau pergi jalan-jalan je, tapi kalau makeup untuk wedding...party make up pun boleh

Ok la, kalau sesiapa berminat boleh klik link yang sarah bagi kat atas dan jemput follow shop ni sebab ada macam-macam jual, korang pun bole tau apa-apa latest update atau sale ke...


Instagram: @ supermodels_secrets

:)

p/s: This product was sent out to me for a review purpose. This review are my honest opinion







Sunday, 22 November 2015

Fullips Lip Enhancers

Assalamualaikum n hi readers! Korang teringin nak mempunyai bibir yang mungil tanpa perlu suntikan. Sekarang tak payah risau sebab dah ada fullips lip enhancers. Apa benda fullips lip enhancers tu..mari baca selanjutnya....

Tadaaa!!! Ini la Fullips Lip Enhancers tu



Yang ini size medium

Mesti korang rasa pelik dengan benda alah ni, macam mana boleh mungilkan bibir. Caranya ialah dengan letakkan fullips lip enhancers ni kat bibir korang lepas tu sedut dalam 20 saat dan lepaskan.Mesti ada fikir sedut apa benda sarah cakap ni, gila ke apa perempuan ni. hahaha. Kalau tak faham juga tengok video bawah ni, just search je la kat youtube taip fullips lip enhancers..berlambak ada


Credit to: https://www.youtube.com/watch?v=iPOKtnrgsMk

Swatches dari sarah



Ok, tengok first pic tu bentuk bibir asal sarah, lepas tu sarah start pakai fullips dalam 20 saat. Sarah rasa 20 saat dah memadai, jangan pula buat sampai lebih 20 saat atau gatal nak buat sampai 1 minit nanti dah rupa kena sengat tebuan. hohoho. Yang no 3 tu selepas sarah lepaskan fullips dari mulut, jadi bibir sarah nampak berisi gitu

Size medium ni untuk bagi berisi atau mungilkan keseluruhan bibir korang. Ada 3 size fullips ni sebenarnya..



Layari link ini untuk details:- http://www.supermodel2u.com/Lip Enhancers Combo 

(korang boleh beli kat kedai ni, yang sarah kongsikan link ni)

Size ada large, medium dan small. Boleh pilih ikut kesesuaian bentuk bibir. Ketahanan pula sampai 5-6 jam, itu bergantung pada berapa kuat korang sedut. Kalau ala kadar je memang tak tahan sampai 5-6 jam la. Hanya sekejap je dalam sejam camtu bole bertahan. Macam tak logik je kan sarah bagitu tahan sampai berjam jam. Tapi kalau dah cuba baru tahu

Dari ambil risiko suntik yang kita tak tahu apa jadi masa tua nanti, better pakai ni kalau terasa nak feeling bibir mungil.hehehe. Bukan menyakitkan pun. Lebih mudah nak ambil gambar ala2 duck face lepas ni.hahaha. Tak la just kidding je hokeyyy. Tak payah nak serious sangat. :p

Ok la, kalau sesiapa berminat boleh klik link yang sarah bagi kat atas dan jemput follow shop ni sebab ada macam-macam jual, korang pun bole tau apa-apa latest update atau sale ke...

Instagram: @ supermodels_secrets

:)

p/s: This product was sent out to me for a review purpose. This review are my honest opinion

Tuesday, 17 November 2015

Maybelline Baby Lips Candy Wow

Assalamualaikum n hi readers! Lama tak update blog, dah nak tumbuh lumut blog ni. ;p. Ok berbalik pada tajuk post hari ini, sarah tau dah ketinggalan zaman tapi tak kisah nak update juga. Pada hujung bulan september lalu tak silap sarah, Maybelline keluarkan produk terbaru iaitu 'Baby Lips Candy Wow'. Baby lips kali ni kiranya versi tinggi la dari sebelum ni pendek je.hehehe

Sarah sekarang lebih pakai lip balm berwarna dari lipstik. Lipstik still guna cuma tak selalu. Sarah memang teruja dengan baby lips kali ni sebab cute je tengok. Mula-mula tu nak beli ke tak nak sebab lip balm kat rumah pun banyak. Tapi lupa rupanya yang banyak lip balm tak berwarna. Jadi alasan dah kukuh, tu terus beli. =P
 


Kombinasi warna font dengan background memainkan peranan penting juga untuk tarik perhatian pembeli. Lip balm jenis ni sarah suka sebab 2 in 1, melembapkan bibir dan dalam masa yang sama korang tak payah pakai lipstik. Lip balm ni terus bagi warna.

Lip balm tak berwarna pun penting juga kalau malam-malam korang nak jaga bibir, bole pakai bawa tidur. Tak kan nak pakai lip balm berwarna macam ni bawa tidur. hahaha.

 Swatches



Ada banyak jenis lagi

https://instagram.com/maybellinemalaysia/

Harga lip balm ni rm20 lebih gitu. Tapi sekarang tak tahu maybe ada sale. Ok, that's all. Byeee  :)
Copyright© All Rights Reserved Sarah In Da Housez!